Sumber Arsenal 'clear'kan kemungkinan dua perpindahan masuk pada jendela perpindahan.

Dua perpindahan masuk yang dikaitkan dengan Arsenal menjelang jendela perpindahan dijelaskan wakil Arsenal menurut laporan.

Sumber Arsenal 'membersihkan' kemungkinan dua perpindahan masuk yang melibatkan jendela perpindahan Januari nanti dan musim panas depan.

Bercakap kepada Marca, Cesc Fabregas tidak menolak kemungkinan untuk beliau kembali ke Arsenal pada masa akan datang dan ini menyebabkan spekulasi bahawa beliau bakal bergabung dengan bekas kelabnya itu semakin kuat diperkatakan.

Of course, Arsenal will always be in my heart and I will never forget them so why not return. You never know.
-- Marca

Manakala wartawan Miguel Rico dalam laporan beliau pada Mundo Deportivo, beliau telah melaporkan perkembangan bekas pemain tengah Barcelona itu dengan menyebut sumber dari kelab Utara London telah menjelaskan bahawa The Gunners tidak berminat untuk menandatangani semula bekas pemain mereka.

"Kami tidak menganggap kembalinya Cesc," sumber itu dipetik sebagai berkata.

Kontrak semasa Fabregas di Stamford Bridge bakal berakhir dipenghujung musim ini dan beliau ketika ini berjuang untuk beraksi dan memikat pengendali baharu Chelsea, Maurizio Sarri setelah hanya membuat satu penampilan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris (12 minit sahaja setakat ini).

Laporan itu juga menceritakan mengenai pemain sayap Barcelona, Malcom yang turut berjuang di Camp Nou musim ini dan hanya membuat satu permulaan dalam semua pertandingan sejak berpindah dari Bordeaux untuk menyertai Juara La Liga itu.


Dan Rico menyebut 'satu-satunya' sumber Arsenal mengakui bahawa kelab Liga Perdana itu 'tertarik' dengan pemain Brazil itu pada jendela perpindahan musim panas.

Perkembangan itu mungkin menafikan segala khabar angin yang kuat mengaitkan perpindahan masuk dua permain tersebut menyertai The Gunners musim ini (Malcom) dan musim depan (Fabregas).

Post a Comment

Previous Post Next Post