5 Perlawanan terhebat sepanjang zaman Arsenal vs Liverpool

Arsenal menerima kunjungan Liverpool awal pagi esok, jam 1.30 pagi waktu Malaysia bagi perlawanan liga ke-11.


Lawan yang dihadapi The Gunners mungkin dianggap pilihan kali ini memandangkan rekod pertemuan (head to head) sepanjang zaman dalam saingan Liga Perdana Inggeris lebih memihak kepada pelawat.

Lawan (H2H) Jumlah Perlawanan Menang Seri Kalah Jaringan:Bolos
Liverpool FC 216 77 59 80 287:302

Begitu juga dengan rekod pertembungan 10 perlawanan terakhir liga diantara kedua-dua pasukan yang menyaksikan Arsenal hanya mampu menewaskan The Reds sebanyak dua kali dan mencatatkan keputusan seri sebanyak empat kali.

Dan, lima perlawanan terakhir menyaksikan skuad bimbingan Arsene Wenger (ketika masih mengendalikan Arsenal) gagal mencatatkan sebarang kemenangan.

Bil Tarikh Lawan Pemenang Jaringan Saingan
1 02 Nov 2013 Arsenal v Liverpool Arsenal 2-0 Premier League
2 08 Feb 2014 Liverpool v Arsenal Liverpool 5-1 Premier League
3 16 Feb 2014 Arsenal v Liverpool Arsenal 2-1 FA Cup
4 21 Dec 2014 Liverpool v Arsenal Seri 2-2 Premier League
5 04 Apr 2015 Arsenal v Liverpool Arsenal 4-1 Premier League
6 24 Aug 2015 Arsenal v Liverpool Seri 0-0 Premier League
7 13 Jan 2016 Liverpool v Arsenal Seri 3-3 Premier League
8 14 Aug 2016 Arsenal v Liverpool Liverpool 3-4 Premier League
9 04 Mar 2017 Liverpool v Arsenal Liverpool 3-1 Premier League
10 27 Aug 2017 Liverpool v Arsenal Liverpool 4-0 Premier League
11 22 Dec 2017 Arsenal v Liverpool Seri 3-3 Premier League



Dengan 589 gol dihasilkan kedua-dua pasukan (dalam rekod pertembungan), perlawanan awal pagi esok sudah tentu menjanjikan sesuatu yang menarik.

Bukan sahaja dari segi jaringan, malah skuad Utara London kini dibimbing oleh pengendali baharu, Unai Emery juga bakal bertemu pengendali lawan buat kali pertama dalam saingan Liga Inggeris.

Sebelum ini Emery pernah menewaskan Klopp dalam perlawanan akhir Liga Europa yang merupakan satu-satunya pertemuan mereka berdua sebelum ini.

2015-16: Europa League final: Liverpool 1-3 Sevilla
Sevilla dibawah pimpinan Emery berjaya menewaskan Liverpool (dibawah kendalian
Jurgen Klopp) untuk muncul juara Liga Europa 2015/16.
Berikut adalah 5 Perlawanan Terhebat diantara kedua-dua pasukan yang menarik untuk disaksikan.

1. 1989: Liverpool 0-2 Arsenal

Menang di Anfield dan muncul Juara Liga. Itulah yang dilakukan Arsenal pada musim tersebut ( 1988–89 ).

Kemenangan untuk Arsenal akan membawa kedua-dua pasukan terikat dari segi jumlah mata keseluruhan namun The Gunners dinobatkan selaku Juara Liga berdasarkan jumlah jaringan gol setelah kedua-dua pasukan terikat dengan perbezaan gol pada +37.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Liverpool 37 22 10 5 65 26 +39 76
2 Arsenal 37 21 10 6 71 36 +35 73
First Division table, 25 May 1989

Kedudukan akhir Liga musim 1988/89:
Pos Pasukan P M S K J B +/- Pts Nota
1 Arsenal 38 22 10 6 73 36 37 76 Juara Liga
2 Liverpool 38 22 10 6 65 28 37 76 Juara Piala FA


2. 2004: Arsenal 4-2 Liverpool

Masih belum mengalami sebarang kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Arsenal tersingkir daripada saingan Eropah dan Piala FA dalam masa kurang dari tujuh hari dan terdesak untuk mencari keputusan positif di Highbury. 

Dengan Liverpool mendahulu 2-1 pada babak pertama perlawanan, tekanan memuncak kepada barisan pemain-pemain Arsene Wenger untuk melakukan kejutan pada babak kedua perlawanan.

Dan Thierry Henry telah menjaringkan dua gol dibabak kedua bagi menyempurnakan hatrik yang luar biasa untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan penuh Arsenal 4-2 Liverpool.

KEY MOMENTS
5 mins: Sami Hyypia heads Liverpool ahead
31 mins: Thierry Henry equalises for Arsenal
43 mins: Michael Owen puts Liverpool back in front
49 mins: Robert Pires puts Arsenal level again
50 mins: Henry's wonder goal gives Arsenal the lead
78 mins: Henry completed his hat-trick and gets Arsenal's fourth



3. 2009: Liverpool 4-4 Arsenal

Dengan baki enam perlawanan untuk diharungi bagi menamatkan musim 2008/09 Liga Perdana, Liverpool begitu terdesak untuk mencari tiga mata penuh dalam setiap perlawanan bagi mengejar pendahulu liga, Manchester United.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Pts
1 Manchester United 31 22 5 4 54 21 33 71
2 Liverpool 32 20 10 2 59 21 38 70

Sebarang keputusan selain kemenangan akan menjejaskan harapan mereka untuk mengejar United seterusnya menjuarai liga.

Menariknya, hanya satu gol dijaringkan pada babak pertama dan gol tersebut dijaringkan oleh Andrey Arshavin untuk menamatkan babak pertama dengan Liverpool 0-1 Arsenal.

Bersambung ke babak kedua, permainan semakin rancak dan sudah tentu peminat dan penyokong Arsenal tidak akan melupai aksi pemain Russia, Arshavin yang berlari ke tempat penyokong lawan dengan menunjukkan empat jari.

Empat gol dijaringkan Arshavin di Anfield pada malam tersebut.


Liverpool 0-1 Arsenal (Arshavin, 39)

Liverpool 1-1 Arsenal (Torres, 49)

Liverpool 2-1 Arsenal (Benayoun, 56)

Liverpool 2-2 Arsenal (Arshavin, 67)

Liverpool 2-3 Arsenal (Arshavin, 70)

Liverpool 3-3 Arsenal (Torres, 72)

Liverpool 3-4 Arsenal (Arshavin, 90)

Liverpool 4-4 Arsenal (Benayoun, 90+3)

Akhirnya musim tersebut (2008/09) menyaksikan Manchester United menjuarai liga dengan perbezaan empat mata dengan Liverpool (ditempat kedua).



4. 2014: Liverpool 5-1 Arsenal

Liverpool dibantu oleh Suarez, Sturridge dan Sterling, berada di puncak kuasa mereka pada musim 2013/14.

Pun begitu, The Gunners memimpin lebih separuh perjalanan liga untuk musim tersebut sehingga perlawanan ke-24 liga.
Pos Pasukan P M S K J B +/- Pts
1 Arsenal 24 17 4 3 47 21 26 55
2 Manchester City 24 17 2 5 68 27 41 41

Bertemu Liverpool ditempat lawan bagaimanapun skuad Arsene Wenger gagal menyerlah apabila mudah menyerahkan defisit 4-0 pada separuh masa.

Arsenal mempertingkatkan kawalan pada babak kedua dan berjaya menghasilkan gol namun ianya selepas Sterling menambah satu lagi untuk menjadikan keputusan penuh perlawanan Liverpool 5-1 Arsenal.

Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers menyifatkan ianya adalah perlawanan terbaik beliau semenjak mengendalikan The Reds.

5. 2017: Arsenal 3-3 Liverpool

Menjelang detik-detik terakhir (tempoh akhir) pemerintahan Arsene Wenger bersama Arsenal, skuad The Gunners dilihat berjuang dalam mengembalikan prestasi sebenar dalam liga Inggeris.

Manakala Liverpool pula selesa meningkatkan serta menunjukkan peningkatan mendadak dalam prestasi mereka di bawah kendalian Jürgen Klopp.

The Reds mendahului perlawanan dengan dua gol sebelum Arsenal bangkit dengan aksi yang begitu menakjubkan dan luar biasa bagi memintas Liverpool untuk mendahului kedudukan dengan 3-2 sehingga Roberto Firmino menyamakan kedudukan pada minit ke-71 untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-3.


Tiga gol dalam masa lima minit yang dijaringkan The Gunners oleh Alexis Sanchez, Granit Xhaka dan Mesut Özil mengejutkan penonton dan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post