Statistik menarik Aaron Ramsey musim ini dibawah kendalian Unai Emery.

Arsenal sedia melepaskan Aaron Ramsey secara percuma pada musim panas nanti setelah laporan mengatakan bahawa pihak pengurusan kelab merelakan pemain tersebut mencari kelab baru.



Setelah gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak, pemain kebangsaan Wales itu dibenarkan menyertai mana-mana kelab pada musim hadapan menurut Sky News.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar mengapa rundingan tersebut menemui kegagalan, pun begitu jika dibandingkan kepada prestasi pemain tersebut, ianya bukanlah sesuatu yang menjadi punca utama mengapa Arsenal tidak berminat untuk menyambung kontrak Ramsey.

Berdasarkan statistik menarik yang dikeluarkan oleh laman Sky Sports, prestasi Ramsey boleh dikatakan seimbang dengan apa yang dihasilkan Mesut Ozil apabila beliau (Ramsey) telah menjaringkan satu gol dan tiga bantuan gol setakat ini.


Mengikut data OPTA (berdasarkan laporan Sky Sports), Ramsey telah menghasil 12 peluang untuk jaringan gol dan secara puratanya, peluang yang dicipta Ramsey musim ini sedikit mengatasi Ozil apabila menghasilkan 2.1 peluang berbanding Ozil, 1.9 peluang dicipta.

Pun begitu, Ozil masih mengatasi beliau dari segi peluang besar menghasilkan gol, walaupun hanya sedikit sahaja perbezaannya.

Ramsey vs Ozil musim 2018/19 (setakat ini).
Berikut adalah senarai lima penjaring terbanyak dan juga bantuan gol musim 2018/19 The Gunners setakat ini.

Bil Penjaring Jumlah Bantuan Gol Jumlah
1 Pierre-Emerick Aubameyang 7 Héctor Bellerín 4
2 Alexandre Lacazette 4 Aaron Ramsey 3
3 Mesut Özil 3 Alexandre Lacazette 2
4 Granit Xhaka 2 Pierre-Emerick Aubameyang 1
5 Aaron Ramsey 1 Mesut Özil 1

Ramsey membuka akaun golnya untuk musim ini apabila beliau bangkit dari bangku simpanan untuk membantu Arsenal mencapai kemenangan 5-1 keatas Fulham dengan satu jaringan gol dan satu bantuan gol dihasilkan beliau.



Prestasi cemerlang Ramsey pada perlawanan itu akhirnya ditenggelamkan oleh kehebatan Ozil pada perlawanan kemenentang Leicester City dengan pemain Jerman itu meledakan gol ketiga peribadi apabila membantu Arsenal menewaskan The Foxes 3-1.

Emery jelas melihat Ozil sebagai pemain penting The Gunners untuk jangka masa panjang, namun statistik Ramsey juga menunjukkan bahawa pemain tersebut masih mempunyai peranan penting bersama kelab.

Setakat ini (musim ini), Ramsey mempunyai jumlah penglibatan gol yang sama (empat) dengan Alex Iwobi dan Henrikh Mkhitaryan digabungkan. 

Statistik Ramsey untuk lima musim terakhir.

Post a Comment

Previous Post Next Post