Arsenal aktif dalam perpindahan dengan Mislintat kenal pasti sasaran kelab.

Situasi Ousmane Dembele di Barcelona ketika ini boleh dikatakan agak rumit dan jika keadaan masih berterusan, kemungkinan pemain itu bakal 'ditendang' keluar dari di Camp Nou.



Perkembangan tersebut telah memberi 'amaran' kepada Liverpool sebagaimana dilaporkan oleh The Sun yang mengatakan bahawa pengurus kelab itu, Jurgen Klopp berminat untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun itu pada Januari nanti.

Manakala Mundo Deportivo pada edisi Khamis, mendakwa Arsenal juga berminat mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu kerana menurut mereka, The Gunners tidak pernah terlepas daripada memantau perkembangan Dembele.

Arsenal tidak pernah mengabaikan Dembele dan sentiasa mengikuti perkembangan beliau.
Menurut laporan itu lagi, penyerang juara La Liga itu berada didalam senarai sasaran kelab Utara London pada jendela perpindahan Januari nanti adalah kerana Sven Mislintat.


Ia kerana Ketua Pengambilan Arsenal, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Diamond Eye’ merupakan individu bertanggungjawab menandatanganinya untuk Borussia Dortmund dari Rennes pada tahun 2016, ketika masih bersama kelab Jerman itu.



Setahun kemudian, Dembele berpindah daripada Signal Iduna Park ke Camp Nou, namun beliau bergelut untuk mempamerkan aksi konsisten untuk pasukan kendalian Ernesto Valverde setakat ini.

Menjadi persoalan mengenai perpindahan ini adalah, adakah Arsenal sanggup membuat tawaran untuk mendapatkan Dembele?

Nilai pasaran semasa Dembele adalah bernilai sekitar £72 juta dan kontrak beliau bersama Barcelona bakal berakhir pada Jun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post