Media Jerman kongsi maklumat mereka mengenai Aaron Ramsey dan Bayern Munich

Khabar angin ketika ini kuat mengatakan bahawa Bayern Munich bakal menandatangani pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey.

Ketika ini media Inggeris kuat memperkatakan bahawa persetujuan telah dicapai diantara gergasi Jerman, Bayern Munich  dan pemain kebangsaan Wales itu pada perpindahan musim depan. 

Berbeza pula dengan media Jerman, BILD (antara sumber yang paling dipercayai) telah memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat oleh The Independent (antara media Inggeris yang mendakwa persetujuan telah dicapai). 

Media Inggeris itu mendakwa bahawa Bayern Munich percaya mereka telah mengalahkan persaing mereka dalam mendapatkan khidmat Aaron Ramsey dan perpindahan tersebut bakal berlaku musim depan.

Kontrak pemain tengah Arsenal itu bakal berakhir pada bulan Jun tahun depan dan selepas persetujuan dicapai, dilaporkan bahawa Ramsey dijangka akan menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab Bundesliga tersebut.

Dan media Jerman dimana BILD mempunyai hubungan baik dengan Bayern Munich, telah mengorek kesahihan dakwaan tersebut dan melaporkan dalam laporan terkini mereka mengenai kisah perpindahan Ramsey ke Bayern Munich.

Menurut mereka (BILD), kisah khabar angin itu terjadi ekoran pihak Bayern Munich telah melengkapkan perpindahan pemain muda berusia 18 tahun, Alphonso Davies

Alphonso Davies
Davies ketika ini beraksi untuk Vancouver Whitecaps (Kanada) dan beliau telah mencapai persetujuan untuk menyertai gergasi Jerman itu pada Januari ini.

Kekeliruan bermula apabila ejen pemain tersebut, David Baldwin yang turut mewakili Ramsey dan hubungan diantara mereka (ejen Ramsey) dan Bayern Munich yang berunding mengenai Davies menyebabkan khabar angin pemain tengah The Gunners itu dikaitkan dengan Bayern Munich.

Dan sememangnya wakil Ramsey itu membuat tawaran kepada Bayern Munich, bagaimanapun, berdasarkan maklumat BILD, tidak ada perbincangan mengenai tawaran mahupun perjanjian dibuat antara Ramsey dan Bayern.

Memandangkan Ramsey bakal bergelar 'free agent' ataupun perpindahan percuma, beliau telah ditawarkan ke beberapa kelab di Eropah dalam pasaran perpindahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post