Adakah Arsenal sedia melepaskan pemain yang dipinjamkan mengikut klausa terkandung didalam kontrak Ospina?

Adakah Arsenal sedia melepaskan penjaga gol yang dipinjamkan ke Napoli secara tetap mengikut klausa (kontrak) pinjaman.



Aksi dan peluang terhad bersama The Gunners buat David Ospina setelah kemasukan Bernd Leno musim ini menyaksikan beliau berhijrah ke Itali secara pinjaman.

Walaupun memiliki kontrak sehingga Jun 2020 bersama kelab London, namun beliau yang mewakili Napoli bagi saingan Serie A untuk tempoh pinjaman selama semusim bagaikan menemui 'rumah baru' setelah membuat 11 penampilan setakat ini di Itali.

Persembahan menakjubkan penjaga gol kebangsaan Colombia ini ketika membantu Napoli mengekang asakan selain berjaya mengawal gawang daripada dibolosi dengan teruk menyebabkan beliau ketika ini menjadi pilihan utama Carlo Ancelotti.

UCL Tarikh Venue Lawan Keputusan Minit Beraksi
Kump. C 18/09/18 A Red Star 0:0 90'
Kump. C 03/10/18 H Liverpool 1:0 90'
Kump. C 24/10/18 A Paris SG 2:2 90'
Kump. C 06/11/18 H Paris SG 1:1 90'


Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun berdasarkan prestasi semasa beliau bersama Napoli itu, penulis merasakan bahawa beliau telah berjaya menempatkan dirinya bersama kelab tersebut sebagai pemain utama Ancelotti.

Dan menurut laporan Republic sebagaimana dipetik daripada laman Calciomercato, mereka menjelaskan dimana pihak Napoli 'terpaksa' membeli Ospina setelah penjaga gol The Gunners itu membuat sejumlah penampilan bersama kelab tersebut.

Pun begitu, mereka tidak menjelaskan jumlah perlawanan sebenar yang perlu dimainkan Ospina bagi mengaktifkan klausa pinjaman tersebut.

Perkembangan ini menjelaskan mengapa Ancelotti turut menggunakan Orestis Karnezis dalam saingan Serie A yang mana penggiliran diantara Ospina dilakukan.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan bagi menilai adakah pembelian Ospina berbaloi buat mereka atau tidak.

Ospina setakat ini telah membuat tujuh penampilan liga daripada 12 perlawanan keseluruhan setakat ini dengan lima perlawanan lagi  Ancelotti menggunakan khidmat Karnezis.

Ospina vs Karneniz
Saingan Ospina Karnezis
Serie A 7 5
Champions League 4 -
JUMLAH 11 5

Penjaga gol The Gunners, Ospina (30 tahun) dipinjamkan ke Napoli setelah penjaga gol utama mereka, Alex Maret mengalami kecederaan awal musim ini.


Dan sekiranya, Napoli benar-benar terpikat dan memerlukan Ospina, Arsenal dilaporkan sedia melepaskan beliau dengan nilai sebanyak €3.5 juta (kira-kira 3.1 juta pounds).

Ospina dianggarkan bernilai £4.5 juta pada pasaran terbuka ketika ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post