Arsenal bakal menghadapi lawan dalam Liga Europa tanpa pengurus dan pemain tengah penting.

Arsenal bakal menerima kunjungan Sporting pada Jumaat ini jam 4.00 pagi waktu Malaysia bagi aksi Liga Europa.


Menduduki tangga teratas Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata hasil daripada tiga perlawanan, Arsenal bakal menentang pasukan yang berada ditangga kedua, Sporting yang mengumpul enam mata.

Kedudukan Kumpulan E
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Arsenal 3 3 0 0 8 2 +6 9
2 Sporting CP 3 2 0 1 4 2 +2 6
3 Vorskla Poltava 3 1 0 2 4 6 −2 3
4 Qarabağ 3 0 0 3 0 6 −6 0

The Gunners berada selesa untuk layak ke peringkat seterusnya dan kemenangan keatas lawan yang bakal dihadapi pada Jumaat ini akan mengesahkan laluan skuad kendalian Unai Emery. 

Dan skuad Utara London menerima berita gembira ketika menjadi tuan rumah kepada Sporting di Stadium Emirates untuk Liga Europa minggu ini.

Selepas mengalahkan Lions 1-0 di Lisbon, pasukan The Gunners kini melihat lawan mereka membuat perjalanan ke London dalam situasi yang sangat berbeza.

Semuanya bermula dengan pengurus pasukan.

José Peseiro dipecat pada penghujung minggu lalu dan walaupun media Portugal melaporkan bahawa pihak Sporting telah bersetuju untuk melantik Marcel Keizer sebagai pengganti, namun beliau hanya akan diumumkan selepas perlawanan menentang Arsenal.

Marcel Keizer dilaporkan akan diumumkan sebagai pengurus baru Sporting CP selepas perlawanan menentang Arsenal, menurut laporan Correio da Manhã.
Sementara itu, pasukan dari Portugal itu akan diuruskan oleh Tiago Fernandes, yang menguruskan pasukan akademi kelab Sporting.

Selain pengurus, Sporting juga menghadapi masalah kecederaan pemain utama mereka.

Hujung minggu ini, mereka telah kehilangan Rodrigo Battaglia ekoran kecederaan pada ligamen dan seperti yang dilaporkan oleh Record, khidmat pemain tersebut mungkin terpaksa dilupakan untuk sepanjang musim ini.

Laporan Record yang mendedahkan kecederaan tonggak tengah Sporting.
Pemain tengah itu telah beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Portugal dan Liga Europa untuk musim ini dan ketiadaan pemain tersebut pasti menjadi pukulan hebat buat Lions.

Pemain pertahanan, Stefan Ristovski dan pemain sayap, Rafinha juga terpaksa dilupakan Sporting untuk aksi menentang Arsenal, menurut laporan itu.

Kedua-dua pemain tersebut juga telah beraksi dalam semua perlawanan untuk kelab itu musim ini, dan Tiago Fernandes terpaksa memanggil pemain akademi untuk digunakan dalam sesi latihan bagi persiapan menentang Arsenal di Emirates, Jumaat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post