Arsenal dilaporkan telah membuat langkah awal dan perlu membayar € 15 juta untuk lengkapkan perpindahan.

Arsenal dilaporkan telah membuat langkah awal dan perlu membayar € 15 juta untuk lengkapkan perpindahan pemain pertahanan Juventus.



Laman sesawang media Itali, Tutto Mercato Web (TMW) membawa beberapa berita menarik mengenai Mehdi Benatia pada hari Selasa (semalam).

Laporan tersebut mendakwa bahawa pemain berusia 31 tahun itu tidak gembira dengan situasi semasa beliau di Juventus kerana gagal berada dalam dan permulaan utama skuad kendalian Massimiliano Allegri musim ini.

Ditandatangani dari Bayern Munich pada 1 Julai 2017 dengan nilai perpindahan sekitar € 17 juta selepas menamatkan tempoh pinjaman selama semusim bersama kelab itu, Benatia telah menjadi pemain utama dalam musim pertamanya di Turin selaku pemain tetap Juventus.

Saingan (2016/17 - pinjaman) Penampilan Gol Bantuan gol Minit Beraksi
Serie A 15 1 - 1,183'
Champions League 5 - - 183'
Coppa Italia 1 - - 90'
Supercoppa Italiana - - - -
Jumlah 16/17: 21 1 - 1,456'
Saingan (2017/18 - tetap) Penampilan Gol Bantuan gol Minit Beraksi
Serie A 20 2 - 1,754'
Champions League 8 - - 565'
Coppa Italia 3 2 - 262'
Supercoppa Italiana 1 - - 56'
Jumlah 17/18: 32 4 - 2.637'

Namun kini, dengan kepulangan Leonardo Bonucci ke kelab itu, Benatia lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan berdasarkan itu, laporan tersebut mengatakan bahawa pemain kelahiran Perancis yang mewakili pasukan kebangsaan Maghribi menuntut perpindahan keluar.

Bonucci kembali sertai Juventus pada 2 Ogos 2018.
Dan menurut TMW, dua kelab dilaporkan sudah memulakan langkah awal dengan bertidak berusaha untuk mengetahui syarat-syarat perjanjian yang memungkinkan perpindahan itu terjadi.


Salah satunya adalah AC Milan dan satu lagi adalah Arsenal.

Laman web itu melaporkan bahawa penilaian Juventus terhadap Benatia adalah bernilai sekurang-kurangnya €15 juta, dan itulah yang perlu dibayar Arsenal ataupun AC Milan bagi mendapatkan pemain tersebut yang mana TMW menggelarkan mereka dengan panggilan 'biancorossi', putih dan merah.

Arsenal dikatakan telah melakukan 'hubungan awal' untuk menandatangani pemain itu sebagaimana laporan TMW.

Saingan 2018/19 Penampilan Gol Bantuan gol Minit Beraksi
Serie A 4 - - 360'
Champions League 1 - - 90'
Jumlah 21 1 - 1,456'

Post a Comment

Previous Post Next Post