Respon Lucas Torreira kepada media Amerika Selatan mengenai 'chant' daripada penyokong Arsenal.

Tidak dapat dinafikan impak segera yang diberikan Lucas Torreira kepada The Gunners dan hal itu menyebabkan peminat Arsenal begitu gembira dengan prestasi yang ditunjukkan beliau dalam masa yang singkat.



Tiba dari Sampdoria pada awal musim dengan nilai peprindahan mencecah sekitar €30 juta, pemain berusia 22 tahun itu pantas memperolehi tempat di dalam pasukan dan beraksi cemerlang dalam mengawal dan mengemudi bahagian tengah Arsenal.

Aksi cemerlang beliau itu diteruskan dalam setiap perlawanan semenjak menjadi pilihan utama Unai Emery dan ketika menentang Liverpool pada hujung minggu, beliau sekali lagi mempamerkan aksi yang amat menakjubkan.

Selepas perlawanan tersebut, Torreira telah bercakap kepada saluran TV Brazil, RedeTV mengenai perlawanan itu dan beliau turut menjelaskan betapa gembiranya beliau berada di London.

Bercakap dalam bahasa Sepanyol, Torreira memberitahu wartawan Reanto Senise tentang persiapan beliau untuk bermain di tahap yang tinggi dan juga menyatakan bantuan dari rakan sepasukan serta staf banyak membantu beliau dalam mencapai semua itu.
"Saya banyak mempersiapkan diri saya sepanjang minggu ini untuk menghadapi perlawanan seperti ini," kata Torreira kepada RedeTV. 

"Liga ini memerlukan banyak keamatan, banyak bermain. Dan saya telah melakukan yang terbaik, dengan bantuan rakan sepasukan saya, dengan semua kakitangan teknikal juga, yang memberi saya keyakinan.

"Dan hari ini saya rasa, ikhlas, sangat gembira bersama pasukan. Dan gembira kerana kami melakukan perkara yang hebat. "

Ditanya mengenai lagu (chant) yang dibuat oleh peminat Arsenal untuknya, Torreira jelas tidak dapat menyembunyikan senyumannya. 

"Ya, ya. Sangat indah. Saya sangat gembira setiap kali mereka menyanyi dan saya sangat bangga untuk semua itu. " jelas Torreira.

🎶 .... "Torreira, Oooh! He comes from Uruguay. He's only 5 foot 5 ".... 🎶

Post a Comment

Previous Post Next Post