Isnin lalu, Sport melaporkan bahawa pemain Barcelona, Ousmane Dembele menjadi tarikan utama kelab Liga Perdana Inggeris dengan mengatakan bahawa Liverpool sebagai destinasi masa depan yang mungkin buat pemain itu.
Bagaimanapun, laporan Mundo Deportivo semalam mempunyai cerita menarik mengenai pemain berusia 21 tahun itu dan mereka turut mendakwa kelab Merseyside itu dan Arsenal 'memberi perhatian' kepada bekas pemain Borussia Dortmund di Camp Nou.
Sikap pemain berusia 21 tahun itu bersama Barcelona telah mula dipersoalkan dan dikritik hebat dalam beberapa minggu yang lalu.
Jika pemain itu gagal mengubahnya, pihak Ernesto Valverde dikatakan sedia mendengar mana-mana tawaran terhadap pemain kebangsaan Perancis ini dan ini juga boleh menjadi kelebihan kepada dua kelab Inggeris tersebut.
Pun begitu, menurut laporan terkini Mundo Deportivo itu, Barcelona dikatakan tidak berhasrat untuk menjual pemain penyerang mereka itu untuk sekurang-kurangnya pada jendela perpindahan Januari nanti.
Ini kerana tujuan utama Barcelona musim ini adalah untuk memenangi kejohanan Liga Juara-Juara (UCL) dan Dembele dapat memainkan peranan dalam membantu mereka mencapainya.
Kecuali terdapat perubahan mendadak dalam pendirian Barca dan mereka sedia menerima tawaran mega untuk pemain mereka, pun begitu ianya tidak mungkin buat penyerang itu meninggalkan gergasi Sepanyol dalam masa terdekat dengan kemungkinan ianya hanya akan terjadi pada musim depan.
Sehingga itu, Arsenal dan Liverpool mungkin perlu menunggu sehingga penghujung musim ini untuk membuat tawaran yang memungkinkan pihak Barcelona sedia berunding.
![]() |
Laporan Sport pada 19 November lalu yang mengatakan Liverpool kemungkinan menjadi destinasi Dembele. |
Jika pemain itu gagal mengubahnya, pihak Ernesto Valverde dikatakan sedia mendengar mana-mana tawaran terhadap pemain kebangsaan Perancis ini dan ini juga boleh menjadi kelebihan kepada dua kelab Inggeris tersebut.
Pun begitu, menurut laporan terkini Mundo Deportivo itu, Barcelona dikatakan tidak berhasrat untuk menjual pemain penyerang mereka itu untuk sekurang-kurangnya pada jendela perpindahan Januari nanti.
![]() |
Laporan Mundo Deportivo, semalam. |