The Gunners perlu bayar dua kali ganda bagi pengganti Ramsey, Pablo Fornals

Pada 20 November, The Sun England membawa laporan eksklusif yang mendakwa Arsenal berminat terhadap pemain Villarreal, Pablo Fornals sebagai sasaran perpindahan Januari nanti dan sedia untuk menebus klausa pelepasan bernilai €20 juta (kira-kira £ 17.83 juta).



Bagaimanapun, edisi Sport semalam mendedahkan nilai pelepasan kontrak pemain tersebut bukanlah seperti yang dilaporkan oleh The Sun itu.

Mereka memulakan laporan dengan mengatakan bahawa kualiti yang ada pada pemain tengah itu menyebabkan pengendali Arsenal, Unai Emery tertarik untuk menandatanganinya sebagai pengganti kepada Aaron Ramsey.

Laporan itu juga mendedahkan dimana pengurus Villarreal, Javier Calleja tidak akan melepaskan pemain berusia 22 tahun itu, yang dianggap sebagai pemain penting.

Javier Calleja dilantik menjadi pengurus Villarreal pada 25 September 2017.
Dan itu menjelaskan kemungkinan The Gunners bakal menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain itu pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Selain itu, laporan media Sepanyol itu turut mendedahkan klausa pelepasan Fornals adalah bernilai €40 juta dan bukannya  €20 juta sebagaimana dilaporkan oleh The Sun. 

Malah pihak Villarreal juga dilaporkan tidak mahu berunding mengenai isu penjualan ataupun melepaskan pemain tersebut.
The Gunners turut menghadapi kesukaran lain kerana pemain itu sendiri dikatakan tidak mahu menyertai Liga Perdana Inggeris dan sekiranya bekas pemain Malaga itu memutuskan untuk berhijrah, beliau lebih memilih untuk beraksi di La Liga, Sepanyol.

Jika apa yang disebut dalam laporan Sport itu benar, maka Emery dan Arsenal perlu mencari pemain lain di pasaran bagi pengganti Ramsey.

Post a Comment

Previous Post Next Post