Rekod kecederaan Ramsey boleh mempengaruhi perpindahan beliau.

Sejarah kecederaan bintang The Gunners menimbulkan persoalan kepada Paris Saint-Germain dan ianya boleh mempengaruhi tawaran masa depan Aaron Ramsey.



Enam hari lalu, Paris United menerbitkan sebuah artikel di laman web mereka yang mendakwa bahawa Paris Saint-Germain telah berbincang dengan wakil Aaron Ramsey mengenai kemungkinan berpindah ke Ligue 1.

Arsene Wenger, yang mengenali Nasser Al Khelaifi dengan baik, juga dikatakan telah mengesyorkan pemain tengah Arsenal kepada presiden kelab tersebut setelah Thomas Tuchel dikatakan telah meminta nasihat daripada pihak atasan mengenai pemain kebangsaan Wales itu.

Dengan kontrak Ramsey bakal berakhir pada musim panas depan, dan pihak Arsenal dilaporkan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melanjutkan kontrak setelah gagal mencari persetujuan bersama beliau dan ajennya, ini memberikan peluang yang baik buat Paris Saint-Germain (PSG), yang mungkin kehilangan Adrien Rabiot dalam keadaan yang sama.

Baca juga : Ramsey dan Wilshere...berbaloikah?

Pun begitu, Paris United telah membangkitkan sejarah pemain itu dengan kecederaan yang mana ianya penting buat Antero Henrique dan co. memikirkan secara mendalam.

Conseillé aux décideurs parisiens par son ancien coach, ses problèmes physiques récurrents posent question et pourraient décider de la suite à donner à cette piste. - Paris United

Dengan gaji sebanyak 1.6 juta euro sebulan yang diterima Ramsey bersama Arsenal, mereka (Paris United) mengatakan ianya sangat penting buat pihak PSG memikirkannya sebelum menandatangani pemain tersebut.

Pelaburan besar untuk seorang pemain boleh memberi impak terhadap apa yang bakal diterima kelak, berdasarkan rekod kecederaan pemain itu adalah wajar untuk PSG mempertimbangkan cadangan tersebut.

Musim Jenis kecederaan Jumlah Hari Jumlah Perlawanan Terlepas
17/18 Groin Injury 16 1
17/18 Hamstring Injury 28 9
17/18 Calf Injury 4 1
16/17 Calf Injury 31 5
16/17 Hamstring Injury 21 5
16/17 Hamstring Injury 70 12
15/16 Hamstring Injury 28 5
15/16 Thigh problems 31 6
14/15 Thigh problems 21 5
14/15 Hamstring Injury 35 8
14/15 Hamstring Injury 17 2
13/14 Thigh Muscle Strain 98 21
11/12 Malleolar injury 14 3
10/11 groin strain 7 1
09/10 Broken tibia and fibula 248 29
JUMLAH 669 113

Walaupun perbincangan sedang berlangsung (walaupun mereka tidak seharusnya), Paris Saint-Germain tidak boleh secara rasmi membuat sebarang tawaran kontrak kepada pemain tersebut sehingga 1 Januari 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post