Arsenal dilaporkan mengikuti rapat perkembangan pertahanan muda Galatasaray yang sedang meningkat naik, Ozan Kabak

Akhbar Turki, Sabah mendakwa bahawa Arsenal sedang mengawasi perkembangan pemain pertahanan Galatasaray, Ozan Kabak setelah pemain tersebut mempamerkan aksi yang mengagumkan musim ini.



Pemain pertahanan berusia 18 tahun dilahirkan daripada akademi Galatasaray dan menjadi permulaan tetap dalam kesebelasan utama pasukan Fatih Terim bagi kempen musim ini.

Sebelum ini, laporan daripada media Itali mendakwa bahawa Inter Milan berhajat untuk menandatangani Kabak dengan sedia menebus klausa pelepasan berjumlah €7.5 juta, namun megikut laporan yang dikeluarkan oleh Sabah, mereka mengatakan bahawa pemain muda itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang klausa pelepasan yang tertulis  di dalam kontraknya bersama Galatasaray.

Sabah juga mendakwa selain Inter Milan, kelab London iaitu Arsenal juga dikatakan berminat terhadap pertahanan muda itu dan telah mengikuti perkembangan pemain tersebut dengan rapat.

Pun begitu, mereka (Sabah) tidak menjelaskan dengan terperinci sama ada pihak The Gunners telah membuat pendekatan untuk mendapatkan Kabak ataupun membuat tawaran kepada Galatasaray.

Laporan itu turut mendakwa bahawa Galatasaray kini berusaha untuk melanjutkan kontrak Kabak setelah minat tinggi ditunjukkan dari kelab lain terhadap pemain pertahanan tersebut.



Kelab Istanbul itu berharap mereka dapat mengikat pemain itu dengan menawarkan kontrak baru untuk tempoh lima tahun.

Kontrak sedia ada pemain tersebut bakal berakhir pada 2020, selain beraksi pada posisi pertahanan tengah, pemain yang menerima gaji sebanyak TL 220,000 (£32,399) setahun ini juga mampu beraksi pada bahagian tengah bertahanan (defensive midfield).

BACA : Pertahanan kiri yang boleh Emery pertimbangkan untuk musim depan.

Kabak telah membuat 11 penampilan untuk Galatasaray musim ini, termasuk dua penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara.


Kabak  dianggarkan bernilai sekitar £73k dalam pasaran semasa ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post