Berita terkini pasukan mengenai pemain bagi persiapan perlawanan Liga Europa menentang Vorskla

Senarai terkini kecederaan dan penggantungan pemain menjelang pertembungan Liga Europa bagi perlawanan kelima peringkat kumpulan menentang Vorskla.


The Gunners ketika ini mempunyai enam pemain di 'wad' rawatan menjelang pertemuan Liga Europa Khamis ini (awal pagi Jumaat, waktu Malaysia) menentang Vorskla Poltava.

Dengan Danny Welbeck sudah diketepikan apabila mengalami kecederaan buku lali, penyerang berbisa Arsenal, Alexandre Lacazette turut diragui tahap kecergasan beliau selepas tidak disenaraikan didalam skuad ketika mencatatkan kemenangan ke atas Bournemouth, malam tadi.

Di posisi lain, pemain pertahanan kiri, Nacho Monreal terpaksa diketepikan untuk sekurang-kurangnya 10 hari lagi selepas mengalami kecederaan hamstring sebelum ini.

Stephan Lichtsteiner juga terpaksa diketepikan setelah turut mengalami hamstring dan khidmat pertahanan berpengalaman ini juga diragui untuk menyertai skuad Emery ke Urkaine pada hari Khamis ini.


Pertahanan muda, Konstantinos Mavropanos juga terlepas aksi bagi perlawanan ini kerana kecederaan pangkal paha, manakala Laurent Koscielny masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan Achilles yang dialaminya pada musim lalu.

Kapten The Gunners itu telah terlepas 26 perlawanan (setakat ini) semenjak mengalami kecederaan pada Mei 2018 dan terdahulu pada awal November, Emery memberikan khabar ceria apabila membayangkan kepulangan pemain Perancis itu setelah Koscielny mula menjalani latihan ringan bersama pasukan.

"Dia semakin baik dalam setiap latihan," kata Emery mengenai Koscielny.

"Dia hampir bersama kami untuk perlawanan kompetitif. Kami gembira dengannya.

"Dia bersama kita setiap hari dan kita akan memikirkan situasi ini selepas rehat antarabangsa bagaimana kami terus berusaha membaiki dan bermain."

Senarai pemain yang mengalami kecederaan dan mungkin diragui tahap kecergasan adalah seperti berikut:
Pemain Kecederaan
Alexandre Lacazette Groin injury (doubt)
Nacho Monreal Hamstring injury (out)
Konstantinos Mavropanos Groin injury (out)
Laurent Koscielny Achilles injury (out)
Danny Welbeck Ankle injury (out)
Stephan Lichtsteiner Hamstring injury (doubt)

Post a Comment

Previous Post Next Post