Pertahanan kiri yang boleh Emery pertimbangkan untuk musim depan.

Perkembangan terkini skuad Arsenal mengenai status kecederaan pemain pertahanan terus dirundung malang setelah Nacho Monreal dan Konstantinos Mavropanos menyambung 'cuti rehat' mereka.


Menurut Charles Watts, The Gunners kini terpaksa melupakan khidmat Monreal untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi, sementara Mavropanos pula kemungkinan tidak akan beraksi sehingga Disember ini, lebih lama daripada apa yang diharapkan (dijangka sebelum ini).
Ketiadaan Monreal begitu terasa dan ianya sangat memberi kesan kepada skuad The Gunners berbanding Mavropanos yang beraksi pada pertahanan tengah.

Walaupun Emery masih memiliki pilihan pada posisi pertahanan kiri seperti Sead Kolasinac dan juga Carl Jenkinson, namun prestasi kedua-dua pemain tersebut dilihat gagal untuk memberikan impak terbaik setakat ini.

Bukan untuk menidakkan kemampuan dan kebolehan mereka, namun pilihan yang ada setakat ini bukanlah yang terbaik buat skuad The Gunners dalam mengharungi cabaran musim ini dan juga mungkin untuk musim hadapan.

Kolasinac 25 tahun, musim ini baru membuat dua penampilan dalam aksi liga setelah sembuh dari kecederaan yang dialaminya (knee injury), yang menyaksikan beliau terlepas tujuh perlawanan musim ini (54 hari) dan tiga perlawanan musim lalu (10 hari).

Rekod penampilan Kolasinac musim ini (setakat ini).
Saingan Penampilan Minit Beraksi
Europa League 2 120'
Premier League 2 157'
EFL Cup - -
JUMLAH 4 277'



Manakala pemain The Gunners yang hampir dilupakan, Jenkinson (26 tahun) pula masih gagal untuk membuat sebarang penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan beliau setakat ini hanya membuat dua penampilan iaitu sekali dalam saingan Liga Europa (60 minit) dan beraksi penuh dalam saingan Piala Carabao ketika menentang Blackpool.

Walaupun memiliki dua pemain tersebut sebagai pilihan (backup), namun Emery dilihat lebih yakin dengan kemampuan Granit Xhaka untuk beraksi pada posisi tersebut (pertahanan kiri) dengan setakat ini telah menurunkan beliau sebanyak dua kali pada posisi tersebut.

Ketika menentang Sporting CP dilaman lawan dalam saingan Europa (25.10.2018), Emery menggunakan Xhaka selama 90 minit di posisi pertahanan kiri sebelum kali kedua menggunakan beliau dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Crystal Palace juga dilaman lawan pada 28.10.2018.  

Rekod Penampilan Xhaka dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini (musim ini)
# Tarikh Venue Lawan Keputusan Posisi Gol Bantuan Minit Beraksi
1 8/12/18 H Manchester City 0:2 DM 70'
2 8/18/18 A Chelsea FC 3:2 DM 45'
3 8/25/18 H West Ham United 3:1 DM 90'
4 9/2/18 A Cardiff City 2:3 DM 1 90'
5 9/15/18 A Newcastle United 1:2 DM 1 90'
6 9/23/18 H Everton FC 2:0 DM 90'
7 9/29/18 H Watford FC 2:0 DM 90'
8 10/7/18 A Fulham FC 1:5 DM (K) 90'
9 10/22/18 H Leicester City 3:1 DM 90'
10 10/28/18 A Crystal Palace 2:2 LB 1 90'
11 11/3/18 H Liverpool FC 1:1 DM 90'
12 11/11/18 H Wolverhampton Wanderers 1:1 DM 90



Monreal telah menjadi pemain utama The Gunners semenjak musim kedua beliau di Emirates (boleh dikatakan begitu) dan prestasi beliau sememangnya begitu menakjubkan walaupun kadang-kalanya ada juga melakukan kesilapan (biasalah tu).

Pun begitu, beliau tetap dan sentiasa mempamerkan aksi konsisten, baik ketika dibawah zaman Wenger mahupun ketika dibawah kendalian Emery.

Berikut adalah rekod penampilan Monreal semenjak menyertai Arsenal pada 31 Januari tahun 2013 dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £8.5 juta, beliau dibawa masuk daripada kelab Sepanyol, Malaga.

Arsenal EPL Piala FA Piala Liga Eropah Lain-Lain JUMLAH
P G P G P G P G P G P G
2012–13 10 1 1 0 0 0 0 0 - 11 1
2013–14 23 0 3 0 2 0 8 0 - 36 0
2014–15 28 0 4 1 0 0 6 0 1 0 39 1
2015–16 37 0 1 0 0 0 6 0 1 0 45 0
2016–17 36 0 4 1 0 0 3 0 - 43 1
2017–18 28 5 0 0 2 0 7 1 1 0 38 6
2018–19 7 1 0 0 1 0 2 0 0 0 10 1
JUMLAH 169 7 13 2 5 0 32 1 3 0 222 10
P = Penampilan , G = Jaringan gol



Beliau bermula cemerlang musim ini walaupun dua perlawanan pertama Emery mengendalikan The Gunners berakhir dengan kekalahan, namun Monreal tetap cemerlang bagi perlawanan tersebut dan juga perlawanan-perlawanan berikutnya.

Namun kecederaan Hamstring yang dialami beliau pada 21 Oktober menyebabkan beliau setakat ini telah terlepas tujuh perlawanan bagi musim ini dengan empat perlawanan Liga Perdana Inggeris, dua perlawanan Liga Europa dan satu perlawanan Piala Carabao.

Rekod penampilan Monreal musim ini (setakat ini).
# Tarikh V Lawan K P J B MB
1 8/12/18 H Man City 0:2 Not in squad
2 8/18/18 A Chelsea 3:2 LB 90'
3 8/25/18 H West Ham 3:1 LB 1 90'
4 9/2/18 A Cardiff 2:3 LB 90'
5 9/15/18 A Newcastle 1:2 LB 90'
6 9/23/18 H Everton 2:0 LB 90'
7 9/29/18 H Watford 2:0 LB 90'
8 10/7/18 A Fulham 1:5 LB 1 90'
9 10/22/18 H Leicester 3:1 Hamstring Injury
10 10/28/18 A Crystal Palace 2:2 Hamstring Injury
11 11/3/18 H Liverpool 1:1 Hamstring Injury
12 11/11/18 H Wolves 1:1 Hamstring Injury
K=Keputusan, P=Posisi, J=Gol dijaringkan, B=Bantuan gol, MB= Minit beraksi



Bukan untuk mengatakan bahawa ketiadaan Monreal menyebabkan Arsenal sukar untuk mencatatkan kemenangan, namun berdasarkan rekod perlawanan diatas, selepas ketiadaan pemain pertahanan berusia 32 tahun itu, The Gunners hanya mencatatkan satu kemenangan selain tiga keputusan seri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Jelas disitu menunjukkan kepentingan pemain seperti Monreal (kualiti yang ada) dalam menjayakan corak permainan dan taktikal yang direncanakan oleh Unai Emery.

Dan ketiadaan Monreal serta pemain pilihan (backup) sedia ada gagal menepati ciri-ciri yang dikehendaki Emery ataupun untuk sekurang-kurangnya menyamai kehebatan pertahanan Sepanyol itu, jelas sekali The Gunners kelihatan agak tempang dalam melancarkan serangan.

Dengan Kolasinac dan Jenkinson masih gagal menepati pilihan Emery, mungkin pengendali tersebut perlu memikirkan pemain lain yang mampu mengisi posisi Monreal bagi musim depan ataupun sebagai backup.



Sebelum MyGooners mengulas lanjut mengenai calon pengganti Monreal yang mungkin patut dipertimbangkan Emery, berikut adalah senaraikan 10 pemain pertahanan kiri terbaik buat masa kini (anda mungkin ada calon lain, jangan lupa tinggalkan komen anda).
  1. Marcelo (Real Madrid)
  2. Jordi Alba (Barcelona)
  3. David Alaba(Bayern Munich)
  4. Alex Sandro (Juventus)
  5. Filipe Luis (Atletico Madrid)
  6. Benjamin Mendy (Manchester City)
  7. Marcos Alonso (Chelsea)
  8. Faouzi Ghaoulam (Napoli)
  9. Danny Rose (Tottenham)
  10. Layvin Kurzawa (PSG) / Andrew Robertson (Liverpool)
Dan berikut adalah senarai pemain termahal pertahanan kiri yang bakal menamatkan kontrak bersama kelab masing-masing pada penghujung musim ini (2018/19), jika Arsenal mahu berjimat sudah tentu pilihan dibawah mungkin menjadi pilihan (turutan adalah berdasarkan nilai tertinggi pasaran).

Mungkin Moreno menjadi pilihan Emery kerana laporan sebelum ini mengatakan pengendali Arsenal itu berminat untuk mendapatkan pertahanan Liverpool itu musim depan.

Baca: Arsenal tunjuk minat untuk menandatangani pemain percuma Liverpool

Juga pemain tersebut pernah beraksi dibawah kendalian Emery ketika menguruskan pasukan Sevilla dahulu (Baca disini).

Bil. Pertahanan Kiri Nilai semasa
(Euro)
Kelab Umur
(tahun)
Warganegara
1. Nacho Monreal 13 juta Arsenal 32 Sepanyol
2. Alberto Moreno 10 juta Liverpool 26 Sepanyol
3. Filipe Luís 8 juta Atlético Madrid 33 Brazil / Itali
4. Frank Fabra 6 juta Boca Juniors 27 Colombia
5. Martin Olsson 5 juta Swansea 30 Sweden
6. Christian Fuchs 5 juta Leicester 32 Austria
7. Mikel Balenziaga 4 juta Athletic 30 Sepanyol
8. Konstantinos Stafylidis 3.5 juta FC Augsburg 24 Greece
9. Pape Souaré 3.5 juta Crystal Palace 28 Senegal
10. Oussama Haddadi 3 juta Dijon 26 Tunisia



Post a Comment

Previous Post Next Post