Arsene Wenger bakal sertai Paris Saint-Germain.

Tanda tanya mengenai kelab manakah yang bakal dikemudikan oleh bekas pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger terus menjadi persoalan.



Selepas mengumumkan bahawa beliau bakal kembali menguruskan pasukan bolasepak bermula Januari nanti (2019), terlalu banyak spekulasi timbul mengaitkan beliau dengan beberapa kelab.

Terbaru, menurut Goal, pengendali berusia 69 tahun itu dikatakan bakal mengemudi  Paris Saint-Germain (PSG).

Namun tidak jelas mengenai peranan yang bakal dipikul oleh bekas pengendali paling lama berkhidmat menguruskan The Gunners.

Melalui laporan tersebut, bekas presiden PSG, Charles Villeneuve percaya bahawa Wenger bakal kembali ke Perancis menyertai Les Parisiens.

Villeneuve juga mendedahkan dimana Wenger telah menolak peluang untuk mengendali Real Madrid kerana lebih memilih untuk kekal bersama Arsenal ketika pengendali tersebut masih lagi mengemudikan skuad Utara London.

Malahan beliau dalam satu temubual mendedahkan dimana terdapat hanya dua kelab yang begitu menginginkan khidmat Le Professeur iaitu Real Madrid dan Bayern Munich.

“One was Bayern Munich, because he speaks four different languages. I also went to a gymnasium in Italy to attend negotiations with Real Madrid, but he stayed at Arsenal.” - Charles Villeneuve via Goal

Sebelum menjawat selaku presiden di PSG antara Mei 2008 dan Januari 2009, Villeneuve merupakan seorang wartawan dan dilantik menjadi orang penting kelab itu pada 27 Mei 2008.



Video temubual Villeneuve memberitahu Paris United mengenai dua kelab yang inginkan Wenger.


Begitupun tidak dapat dipastikan lagi kemanakah destinasi Wenger kerana beliau juga dikaitkan dengan AC Milan selain Real Madrid dan Bayern Munich.

Dengan Real telah mengumumkan jurulatih baharu mereka, manakala Bayern pula masih menjadi destinasi persoalan buat Wenger yang menafikan dakwaan beliau bakal menyertai gergasi Jerman itu.

Manakala AC Milan pula, amat sukar untuk diterima memandangkan individu yang pernah 'menyingkirkan' beliau juga berada disana.

PSG dilihat lebih praktikal dalam mempercayai khabar angin mengenai masa depan Arsene Wenger.

Malah Villeneuve juga menambah kemungkinan buat Wenger untuk menyertai PSG juga tinggi.

"Saya rasa beliau akan menawarkan khidmatan yang hebat, tetapi bukan sebagai presiden.

"Presiden presiden Nasser Al-Khelaifi melakukan tugasnya dengan baik, tapi kelab hebat dihasilkan melalui pemimpin hebat.

"Kelab tidak hanya dibentuk oleh pemain hebat, jadi saya mengalu-alukan ketibaan Wenger di PSG.

"Para pemimpin di sana sangat mencintai Wenger, tetapi beliau tidak pernah mahu pergi.

"Beliau monogami dan kelabnya adalah Arsenal." jelas Villeneuve.

Post a Comment

Previous Post Next Post