Arsene Wenger namakan satu syarat sebelum terima tawaran PSG

Arsene Wenger dilaporkan gembira dapat memainkan peranan penting di Paris Saint-Germain, tetapi hanya akan melakukannya jika juara Perancis itu melepaskan Pengarah Sukan mereka sekarang, Antero Henrique.



Minggu lalu, Wenger dilaporkan telah berlepas ke Qatar untuk bertemu dengan Sheikh Al Thani, ahli keluarga diraja Qatar yang memiliki PSG. 

Beliau juga telah bertemu dengan pengurus PSG, Thomas Tuchel yang turut mengalu-alukan kedatangan Wenger ke kelab tersebut.

Walau bagaimanapun, Paris United melaporkan bahawa Wenger tidak akan menerima jawatan itu kecuali PSG mengetepikan khidmat Henrique, yang dikatakan tidak mempunyai hubungan baik bersama Tuchel.

Antero Henrique
PSG bersedia untuk menawarkan Wenger peranan lebih tinggi daripada Henrique dalam hierarki kelab, namun tuntutan Wenger itu tidak boleh dirunding menyebabkan presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi sukar untuk membuat keputusan.

Al-Khelaifi tidak mahu apa-apa yang boleh mengganggu permulaan PSG musim ini selepas pasukan kendalian Tuchel itu telah memenangi kesemua 13 pertandingan Ligue 1 setakat ini, walaupun mereka berada di tempat ke-3 dalam kumpulan bagi saingan Liga Juara-Juara di belakang Napoli dan Liverpool.


Wenger sebelum itu menepati janji beliau untuk terus menjadi penyokong dan peminat Arsenal apabila menolak peluang untuk mengendalikan Fulham.

Namun ianya tidak menghalang Wenger untuk menguruskan mana-mana kelab Eropah lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post