Denis Suarez diberi 'lampu hijau' untuk berpindah

Pemain berusia 24 tahun itu menyedari betapa sukarnya beliau berada di Barcelona ketika ini dan mahu meninggalkan kelab itu. 

Laporan AS mengatakan beliau kini diberi 'lampu hijau' untuk perpindahan pada jendela Januari nanti.

Bekas pemain akademi Manchester City berusia 24 tahun ini menyertai Barcelona untuk kali kedua pada tahun 2016 setelah kali pertama bertindak demikian pada tahun 2013.

Karier Remaja
2008–2009 Porriño Industrial
2009–2011 Celta
2011–2013 Manchester City
Skuad Senior
Tahun Kelab Penampilan Jaringan
2010–2011 Celta B 15 0
2011–2013 Manchester City 0 0
2013–2015 Barcelona B 36 7
2014–2015 Sevilla (pinjaman) 31 2
2015–2016 Villarreal 33 4
2016– Barcelona 44 3

Semenjak menyertai gergasi Sepanyol itu pada tahun 2016, aksi beliau semakin kurang digunakan dan musim ini khidmat beliau masih tidak digunakan dalam sebarang kejohanan kecuali sekali dalam aksi Copa del Rey berbanding musim lalu dimana beliau membuat 18 penampilan dalam La Liga.

Dan situasi semasa beliau bersama kelab tersebut jelas mengundang rasa tidak puas hati beliau.

Kemuncak ketidakpuasan hati itu tercetus dalam perlawanan terkini Barcelona, ketika menentang Real Betis dimana Ernesto Valverde lebih memilih pemain lain berbanding beliau meskipun pemain lain dibelengu kecederaan.

Ia menjelaskan kekecewaan yang sangat besar buat pemain itu dan Suarez menjelang jendela perpindahan ini dikatakan telah memutuskan untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

Menurut laporan tersebut, Arsenal dikatakan menjadi 'pilihan utama' buat pemain tengah menyerang itu dengan AS menegaskan bahawa gaya Unai Emery amat bersesuaian dengan pemain Barcelona itu. 

Petikan laporan AS
Apa yang AS tidak laporkan mengenai pemain ini adalah dimana tiada sebarang usaha dilakukan oleh Arsenal dan ini tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kepentingan kuat dari The Gunners ataupun ini adalah anggapan akhbar Sepanyol itu sendiri.
Kontrak pemain ini bersama Barcelona bakal berakhir pada Jun tahun 2020 dan ketika ini Suarez dianggarkan bernilai €15 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post