Arsene Wenger dedahkan musuh terbesar sepanjang karier beliau di Arsenal.

Bukan pemain, pengurus atau pasukan lain.



Arsene Wenger menjelaskan dimana salah satu perkara yang selalu memberikan beliau 'sakit kepala' dalam kariernya di Arsenal adalah berpunca daripada zip jaket musim sejuknya.

Setelah 22 tahun menerajui kelab paling berjaya di London, pengurus kelahiran Perancis itu akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada The Gunners.

Beliau kini menghabiskan 'cuti rehat' sementara daripada dunia pengurusan bolasepak dan baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau bakal kembali ke arena tersebut pada awal tahun 2019.

Walaupun mencapai segala kegemilangan bersama kelab Utara London dengan memenangi trofi-trodi utama domestik, namun beliau gagal membawa The Gunners untuk muncul juara Eropah.

Namun, itu bukanlah satu-satunya perkara yang pengendali lagenda Arsenal ini gagal kuasai, terdapat satu lagi perkara yang sering mengganggu beliau
Dan satu-satunya perkara yang gagal dikuasai ataupun ditangani Wenger adalah mengenai zip jaket musim sejuk yang menghantui beliau sepanjang berada di Emirates.

"Ya, saya sedar mengenainya kerana terlalu lama dan kadang-kala zip tidak berfungsi dan saya banyak bergelut dengan itu," katanya dalam wawancara santai bersama BeIn Sports.

"Tetapi pada akhirnya, kerana orang telah menunjukkannya, saya sedar saya berada di bawah pemerhatian."

Dalam wawancara yang sama, Wenger juga membincangkan kesulitan Arsenal dalam menggantikan Patrick Vieira.

Vieira menyertai The Gunners dari Milan pada tahun 1996 dan memenangi tiga gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA sebelum meninggalkan London untuk menyertai Juventus pada tahun 2006.

Walaupun ramai pemain tengah yang cemerlang muncul untuk The Gunners selepas pemergian bekas kapten Arsenal itu, namun mereka tidak pernah menemui pengganti ataupun pemain yang seakan-akan menyerupai Vieira.

"Ia bukan satu keputusan yang sedar (untuk membeli pemain yang lebih kecil)" kata Wenger.

"Malangnya, untuk mencari (Patrick) Vieira yang boleh bermain bolasepak seperti pemain kecil... sejak saya berada di England semua orang telah berkata 'Saya telah menemui Vieira baru' tetapi 20 tahun telah berlalu dan tiada siapa yang menemuinya.

"Dan (Emmanuel) Petit juga sama. Tetapi ia adalah sedikit kebetulan bahawa kami mendapat (Cesc) Fabregas. Dia tidak tinggi tetapi dia masih pemain bolasepak yang hebat.

"Jadi saya menggantikan Vieira dengan Fabregas dan Gilberto Silva, yang juga bekerja keras untuk pasukan, kerana Gilberto Silva dan Vieira juga pasangan yang hebat dan mereka adalah 'Invincibles'.

"Dan selepas itu, masalah mula timbul ketika mereka membina stadium, kami terpaksa menjual pemain terbaik kami."

Post a Comment

Previous Post Next Post