Pemain muda Arsenal bercakap mengenai masa depannya dan menunggu bagaimana perkembangan beliau bersama kelab sebelum membuat keputusan.
Arsenal menandatangani Julio Pleguezuelo dari akademi Barcelona pada tahun 2013 dan dalam tempoh dua tahun yang lalu, Arsene Wenger telah menghantarnya ke Mallorca dan Gimnastic secara pinjaman.
Pleguezuelo, 21 tahun berasal dari Sepanyol dan bermain pada posisi pertahanan tengah namun beliau juga boleh
memainkan peranan pada pertahanan kanan dan sebagai pemain tengah bertahan, menyertai Arsenal pada usia 16 tahun.
Beliau berjaya menempatkan dirinya sebagai kapten pasukan bawah 21 The Gunners bagi kempen 2015-16.
Dan beliau juga berjaya
memimpin skuad muda Arsenal itu untuk mencapai kemenangan pada final playoff Liga Perdana U21 musim 2016 dalam mencatatkan kemenangan 3- 1 ke atas Aston Villa.
Sejarah kelab yang diwakili Pleguezuelo.
Skuad Remaja | |||
---|---|---|---|
2003–2004 | Atlético Baleares | ||
2004–2010 | Espanyol | ||
2010–2011 | Atlético Madrid | ||
2011–2013 | Barcelona | ||
2013–2016 | Arsenal | ||
Skuad Senior | |||
Tahun | Kelab | Penampilan | Gol |
2016– | Arsenal | 0 | 0 |
2016–2017 | Mallorca (pinjaman) | 15 | 0 |
2018 | Gimnàstic (pinjaman) | 10 | 0 |
Pengganti Wenger di Emirates, Unai Emery telah memberikan pemain muda itu debut sulungnya yang pertama pada 31 Oktober 2018 dalam pertembungan Piala EFL diantara The Gunners menentang Blackpool.
![]() |
Aksi Pleguezuelo ketika menentang Blackpool hujung bulan lalu. |
Kini selepas lima tahun berada di Emirates, beliau bakal menamatkan kontraknya pada penghujung musim ini dan pemain pemain pertahanan tengah itu menjelaskan bahawa beliau telah mendapat tawaran dari pasukan lain, namun keutamaannya adalah untuk kekal bersama pasukan Utara London.
Bercakap kepada akhbar Sepanyol, Marca, Pleguezuelo berkata: "Saya menunggu untuk melihat bagaimana semuanya berjalan. Saya perlu bercakap dengan wakil saya. Matlamat saya adalah untuk kekal di Arsenal.
"Saya mahu terus kekal dan, jika tidak di England. Saya mempunyai tawaran di Sepanyol, tetapi pada masa ini bukan idea saya untuk kembali. "
Pemain muda Sepanyol itu turut menyedari bahawa terdapat banyak persaingan di Arsenal kerana bekas pengurus Sevilla, Emery ketika ini mempunyai Sokratis Papastathopoulos, Shkodran Mustafi, Rob Holding dan Laurent Koscielny sebagai pemain pilihan utama pada posisi tersebut.
"Sememangnya banyak persaingan, mereka pemain berpengalaman yang mempunyai banyak kualiti.
"Saya tidak melihat mereka sebagai musuh, namun sebaliknya. Bagi saya, apa yang saya akan lakukan adalah terus memberikan alasan kepada jurulatih untuk memilih saya dan apabila beliau telah melakukannya, bersiaplah, " jelas pertahanan tengah itu.

Rekod penampilan musim ini (setakat ini).
Saingan | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Premier League 2 | 9 | 1 | 1 | 768' |
EFL Trophy | 2 | - | - | 176' |
EFL Cup | 1 | - | - | 90' |