Tiga jendela perpindahan untuk lengkapkan pasukan impian Emery.

Emery memerlukan tiga jendela perpindahan untuk mendapatkan pemain yang beliau inginkan bagi membentuk pasukan yang mantap, menurut lagenda kelab.

Bekas bintang The Gunners melihat banyak sebab untuk yakin dengan perkembangan positif Arsenal namun merasakan kesabaran amat diperlukan semasa proses pembangunan semula yang dirancangkan oleh pengendali baharu, Unai Emery.

Ray Parlor menjelaskan dimana Arsenal ketika ini mampu bergerak dengan cara yang betul dibawah kendalian Emery namun beliau percaya bahawa ruang dan masa diperlukan buat bekas pengendali PSG itu membina pasukan yang dikehendakinya.

Beliau juga menjelaskan dimana Emery mungkin memerlukan tiga kali jendela perpindahan untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dengan mendapatkan pemain yang betul dan dikehendakinya.

Emery ketika mengambil alih The Gunners, tidak diberikan peluang untuk membawa mana-mana pemain yang dikehendaki sebaliknya mewarisi pemain peninggalan Arsene Wenger dalam jendela perpindahan musim panas lalu.


Kemasukan lima pemain baru musim ini adalah hasil perancangan Raul Sanllehi bersama pasukannya ketika bekas pengurus Arsenal (Arsene Wenger) masih berada di Emirates.


Akibatnya, beliau (Emery) terhad untuk melakukan pembaharuan dengan menggunakan pemain-pemain yang dibekalkan.

Pun begitu, beliau masih mampu memberikan keputusan yang mengagumkan dengan The Gunners kini mencatatkan 16 perlawanan tanpa kalah.

Keyakinan semakin meningkat di Emirates dibina atas kepercayaan bahawa terdapat lebih banyak lagi yang mampu diberikan oleh Emery sekiranya pengendali itu diberikan masa untuk terus memperkuat pasukan beliau dengan lebih banyak pemain yang sesuai dengan sistemnya dibawa masuk.

Parlour menyertai Arsenal dari tahun 1989–1992 (akademi) sebelum menyertai skuad senior dari 1992 hingga 2004
Lagenda Arsenal itu memberitahu Daily Star : "Saya rasa kelab berada pada landasan yang betul sekarang.

"Semua orang bersatu, peminat berada di belakang pasukan, yang ianya sangat penting.

"Tahun lepas kita lihat peminat tidak memenuhi stadium dan tiba-tiba semua orang mahu pergi menonton perlawanan.

"Jadi, anda perlu memberi pengurus dua, mungkin tiga jendela perpindahan kerana mungkin ada pemain tertentu yang beliau cari sekarang untuk mencuba dan membawa masuk.

"Beliau mempunyai sistem yang dia mahu cuba dan bermain."

Post a Comment

Previous Post Next Post