Media berpengaruh Jerman laporkan Wenger sebagai prospek utama ganti Niko Kovac


Arsene Wenger ke Bayern Munich, Bild menggambarkan bekas pengendali Arsenal sebagai prospek utama.



Media berpengaruh Jerman yang boleh dipercayai, Bild menamakan Arsene Wenger sebagai calon paling layak ke Bayern Munich.

Niko Kovac dilihat berada dalam situasi 'goyang' setelah pasukan yang dipimpin beliau ketika ini berada ditangga kelima Bundesliga dan ketinggalan sembilan mata di belakang Borussia Dortmund yang memimpin liga selepas 12 perlawanan.


Pengendali kelahiran Croatia berusia 47 tahun itu dikatakan bergelut untuk menangani pemain-pemain yang mempunyai nama besar dan senior dalam skuad Bayern menyebabkan beliau ketika ini gagal memberikan hasil terbaik bersama gergasi Jerman itu. 



Wenger meninggalkan Arsenal pada musim panas selepas lebih 20 tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris dan beliau sebelum ini dilaporkan tidak mahu terburu-buru untuk kembali menguruskan kelab bolasepak.

Pun begitu, Wenger telah memberitahu SportBild bahawa beliau bakal kembali untuk menguruskan pasukan pada (bermula) Januari nanti (2019).

Laporan terkini Bild, mengatakan bahawa perpindahan ke kelab Jerman kini sangat serius dengan nama Arsene Wenger kini menjadi perbualan pihak pengurusan Bayern Munich.


Beberapa minggu lalu, bekas pengurus Arsenal ini juga dikatakan bakal menyertai PSG namun beliau dilaporkan telah mengenakan syarat utama sebelum bersetuju untuk bersama gergasi Perancis itu.

Baca: Arsene Wenger namakan satu syarat sebelum terima tawaran PSG

Persoalan mengenai kelab manakah yang bakal disertai Wenger hanya bakal diketahui tidak lama lagi dengan kira-kira tinggal lebih kurang 30 hari untuk kita 'bertemu' Januari 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post