Chamberlain salahkan penyokong Arsenal, tekanan dalam kecederaan dihadapi beliau

Alex Oxlade-Chamberlain mensasarkan penyokong Arsenal ketika bercakap mengenai proses pemulihan kecederaan semasa beliau.



Pemain tengah Liverpool dan bekas pemain Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain seolah-olah mensasarkan sebahagian kecil peminat dan penyokong The Gunners ketika beliau membincangkan proses pemulihan kecederaan yang dihadapi beliau ketika ini.

Pemain berusia 25 tahun itu telah diketepikan semenjak April selepas mengalami kecederaan lutut yang serius dan beliau telah meluahkan hasrat untuk kembali beraksi sebelum berakhirnya musim ini.

Dan semangat positif yang ditunjukkan Ox itu pasti menggembirakan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp setelah penampilan beliau diawal kemunculan telah memberi kesan positif terhadap The Reds tahun lepas.

Walau bagaimanapun, Ox kelihatan seperti 'menyalahkan' sebahagian peminat dan penyokong Arsenal pada ketika beliau menjalani proses pemulihan berkaitan kecederaan yang dihadapinya terdahulu, ketika masih bergelar The Gunners.



Beliau begitu memuji sikap penyokong The Reds berbanding The Gunners dalam memberi sokongan terhadap beliau.

Dalam video dibawah, dapat kita saksikan dimana Ox membezakan mentaliti penyokong dan sokongan yang diterima beliau daripada peminat Liverpool berbanding Arsenal.

Ketika menjalani proses pemulihan di Emirates, beliau mengatakan dimana penyokong The Gunners terlalu memberi tekanan dengan mengatakan seolah pemain yang cedera tidak lagi berguna.

"Dia cedera lagi. Kita tidak boleh mengharapkan dia."

"Dia sentiasa cedera."

"Tetapi saya telah cedera di sini dan saya tidak mempunyai apa-apa (tekanan), sebaliknya maklum balas positif daripada para peminat."

"Yang bagi saya tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada mereka dan itulah yang membuatkan saya berusaha setiap hari cuba membalasa kesabaran dan sokongan mereka."

Mungkin luahan Ox ini tidak digemari oleh sebahagian penyokong Arsenal, namun kata-kata beliau itu ada kebenarannya.

Anda boleh mendengar luahan Ox dalam video di bawah.


Adakah anda setuju ataupun anda terasa dengan luahan Ox. Pesan penulis, siapa makan cili...dia terasa pedas.

Sumber asal disini

Post a Comment

Previous Post Next Post