Berita perpindahan Arsenal: Reiss Nelson, Cristian Pavon, Mario Hermoso, Hector Herrera.

Nelson kembali dari pinjaman Hoffenheim untuk menggantikan Welbeck?



Tiada tempat lain seperti rumah sendiri.
Reiss Nelson telah membayangkan bahawa beliau boleh kembali ke Arsenal pada bulan Januari, walaupun menikmati saat yang indah ketika ini bersama Hoffenheim.

Pemain berusia 18 tahun itu telah menjaringkan enam gol di Bundesliga musim ini dan prestasi mengagumkan beliau itu menarik perhatian pengendali Arsenal, Unai Emery untuk membawanya kembali ke separuh kedua musim ini, mengikut laporan Daily Mirror.

BACA: 'Makan, tidur, skor, ulang' - Peminat terus 'gila' dengan prestasi semasa Reiss Nelson.

Dan desakan panggilan itu semakin kuat berikutan kecederaan serius yang dialami Danny Welbeck minggu lalu.

"Saya berasa lebih kuat dan saya fikir beberapa bulan atau jika setahun lagi di Hoffenheim akan membuatkan saya lebih kuat dan memberi saya kepercayaan dan keyakinan untuk kembali ke Arsenal dan melakukan yang terbaik di sana," kata Nelson, yang telah membuat 15 penampilan untuk The Gunners musim lepas. 

"Saya mahu menjadi legenda Arsenal." - Reiss Nelson.


Pavon dikehendaki
Menurut Daily Express, mereka mendakwa The Gunners tidak mungkin memanggil balik Nelson untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Welbeck ekoran kecederaan yang dialami penyerang England itu, sebaliknya Arsenal dikatakan sedia untuk  berbelanja bagi mendapatkan penyerang baru.

BACA : Dari Sepanyol: Arsenal dilaporkan buat tawaran berjumlah €30 juta bagi pemain sayap Boca Juniors.

Cristian Pavon
Ketua Pengambilan Kelab, Sven Mislintat dilaporkan telah 'memerhatikan Cristian Pavon' setelah dikatakan terkesan dengan persembahan pemain berusia 22 tahun itu ketika beraksi untuk Argentina dan Boca Juniors.

Nicolas Pepe
Penyerang Lille, Nicolas Pepe juga dikatakan dalam pertimbangkan serius kelab menurut laporan Daily Star, yang mendakwa bahawa Emery telah 'membuat pendekatan' untuk pemain Ivory Coast itu.

BACA: Arsenal buru pengganti Danny Welbeck selepas kecederaan serius yang dialami.

Gunners buru Hermoso
Pemain pertahanan terbaru yang dikaitkan dengan Arsenal adalah bintang Espanyol, Mario Hermoso yang digambarkan oleh The Sun sebagai 'salah seorang terbaik di La Liga'.

Mario Hermoso
Walau bagaimanapun, Real Madrid mungkin menimbulkan masalah buat The Gunners setelah terdapat dakwaan bahawa juara Eropah itu juga berminat mendapatkan pemain berusia 23 tahun Espanyol ini.

BACA: Arsenal 'kelab terkini' yang berminat untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Espanyol.

Hermoso ketika ini berada dalam prestasi terbaik dan bos Arsenal, Emery dikatakan telah mengawasi pemain kelahiran Sepanyol ini namun menurut The Sun, mereka mengatakan bahawa Real mempunyai klausa beli balik dan menjadi kelab pertama yang boleh membelinya seandainya Espanyol berhajat menjual pemain itu.

Pemain pertahanan Espanyol yang baru saja menerima panggilan pertama untuk pasukan kebangsaan Sepanyol, dilihat Emery sebagai pemain pertahanan yang diperlukan beliau di Emirates dan bersedia untuk membuat tawaran berjumlah £ 35 juta pada Januari nanti.

Perlumbaan untuk Herrera tersusun.
Hector Herrera berada dalam rundingan bersama Inter Milan bagi perpindahan percuma musim panas depan, menurut talkSPORT dan ini mungkin menjadi berita buruk buat Arsenal dan Tottenham.

Hector Herrera
Kedua-dua kelab utara London itu telah menjejaki pemain tengah Porto yang berusia 28 tahun itu dalam beberapa musim terakhir, namun mereka mungkin terlepas pemain tersebut kepada Inter.

BACA: Arsenal, Crystal Palace dan Tottenham disenaraikan dalam perlumbaan untuk pemain tengah, perpindahan percuma musim panas akan datang.

TalkSPORT mengatakan bahawa pemain antarabangsa Mexico, yang mana kontrak beliau bakal berakhir pada musim panas depan, mungkin akan menolak tawaran baru dan meninggalkan Portugal untuk ke Itali.

Media Itali melaporkan bahawa Inter hampir mencapai persetujuan dalam perjanjian pra-kontrak bersama Herrera dan pemain itu mungkin akan membuat langkah awal pada Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post