Arsenal, Crystal Palace dan Tottenham disenaraikan dalam perlumbaan untuk pemain tengah, perpindahan percuma musim panas akan datang.

Dengan Hector Herrera bakal menamatkan kontrak bersama Porto akhir musim ini, terdapat laporan mengenai peluangnya untuk menandatangani perjanjian baru ataupun berhijrah ke kelab baharu.



Dalam kes perpindahan, Serie A kelihatan seperti destinasi yang menjadi pilihan pemain itu dengan akhbar Itali selalu melaporkan minat dari Roma dan Inter Milan.

Namun akhbar Portugal pula, dalam laporan mereka suka menambah 'perisa' dengan menamakan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris menyertai perlumbaan dalam mendapatkan pemain ini. 

Walaupun kebanyakannya laporan media Portugal, telah mengaitkan Tottenham begitu kuat pada bulan lalu, namun kisah Herrera dan Arsenal pernah kami bawakan bermula pada pada Jun tahun ini.




Dan kali terakhir kami melaporkan kisah mengenai kaitan Arsenal dan Herrera adalah pada 5 Oktober dimana wakil Arsenal dilihat ketika perlawanan Porto menentang Galatasaray.

Namun kini, Record membawa senarai baru yang menyertai 'perlumbaan' untuk mendapatkan pemain tengah Porto berusia 28 tahun.

Laporan terkini Record.
Walaupun cerita mereka mengenai 'perang Itali' untuk Herrera namun mereka tidak melepaskan peluang untuk mengatakan bahawa minat dari Arsenal, Crystal Palace dan Spurs juga bakal mencetuskan 'perang di England' untuk pemain tersebut.

Ketiga-tiga mereka (kelab Inggeris itu) telah dikaitkan dengan Herrera sebelum ini, tetapi kisah-kisah itu tidak pernah cukup kuat bagi kita untuk melihat keputusan yang lebih daripada itu (sekadar rumors).



Malah kali ini, Record melaporkan terdapat beberapa maklumat tambahan untuk pemain tersebut mungkin pergi ke Itali atau kekal di Portugal.

Herrera telah melakukan penampilan cemerlang bersama Porto musim ini dan tidak syak lagi prestasi beliau itu menyebabkan banyak pihak tertarik untuk  mendapatkan beliau, baik pada jendela perpindahan Januari ataupun pada perpindahan percuma musim depan.

Rekod penampilan musim ini bersama Porto (setakat ini).
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Liga NOS (Liga Portugal) 10 1 - 690'
Champions League 4 2 1 359'
Allianz Cup 1 - - 90'
Taca de Portugal Placard 1 - - 63'
Supertaca 1 - - 90'
Jumlah 17 3 1 1,292'

Menjadi persoalan disini, adakah kelab Inggeris benar-benar mahu mendapatkan pemain ini? Dan adakah The Gunners melihat Herrera sebagai pengganti Ramsey?

Rekod penampilan mengikut posisi bersama Porto
POSISI Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 13 2 1
Attacking Midfield 4 1 -

Nilai pasaran semasa Herrera dianggarkan berjumlah €20 juta dan jika mana-mana pasukan berhajat untuk mendapatkan beliau pada Januari ini, nilai tersebut merupakan aras ataupun rujukan untuk memujuk Porto.
Jika tidak, mereka mampu mendapatkan pemain ini secara percuma musim depan setelah kontrak Herrera berakhir pada 30 Jun 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post