Danny Welbeck mengalami kecederaan ngeri, nasib buruk berterusan.

Pemain berusia 27 tahun itu baru memulakan permainan keempatnya (bermula dalam kesebelasan utama) musim ini untuk The Gunners.

Danny Welbeck mengalami kecederaan ngeri dalam perlawanan Liga Europa ketika Arsenal menentang Sporting pagi tadi.

Bekas penyerang Manchester United itu memulakan permainan keempat bagi kempen musim ini ketika Emery mencari tiga mata sahaja lagi untuk mengesahkan pasukan kendalian beliau layak ke pusingan kalah mati Liga Europa.


Bagaimanapun, selepas pertembungan di kawasan gol Sporting, pemain antarabangsa England itu kelihatan mengalami kecederaan teruk.

Welbeck akhirnya terpaksa dikeluarkan selepas menerima rawatan dan digantikan dengan Pierre-Emerick Aubameyang, dengan laporan bercanggah yang mengatakan pemain itu mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius atau kecederaan buku lali.

Rekod kecederaan sebelum ini.
Musim Kecederaan Dari Sehingga Hari Terlepas perlawanan Kelab
17/18 Groin Strain Oct 16, 2017 Nov 18, 2017 33 hari 7 Arsenal FC
17/18 Hip Injury Sep 18, 2017 Oct 12, 2017 24 hari 4 Arsenal FC
16/17 Toe Injury Apr 17, 2017 Apr 20, 2017 3 hari 1 Arsenal FC
15/16 Cartilage Damage May 9, 2016 Jan 2, 2017 238 hari 29 Arsenal FC
15/16 Knee Surgery Sep 3, 2015 Feb 4, 2016 154 hari 30 Arsenal FC
14/15 Patella problems May 4, 2015 Sep 3, 2015 122 hari 11 Arsenal FC
14/15 Knee Problems Mar 30, 2015 Apr 2, 2015 3 hari 3 Manchester United
11/12 Torn Muscle Fibre Aug 29, 2011 Sep 19, 2011 21 hari 3 Manchester United
10/11 Thigh Problems Jan 6, 2011 Jan 27, 2011 21 hari 3 Sunderland AFC
09/10 Knee Injury Mar 25, 2010 May 31, 2010 67 hari 9 Manchester United
09/10 Knee Problems Nov 19, 2009 Dec 10, 2009 21 hari 6 Manchester United

Post a Comment

Previous Post Next Post