Sumber kedua sahkan minat Arsenal dalam menandatangani Ramires, kisah diperhangatkan lagi.

Satu lagi sumber utama dari Brazil melaporkan minat Arsenal terhadap pemain tengah Bahia, Ramires.



Berikutan laporan pertama dari UOL, kini giliran Globo Esporte pula mendakwa bahawa mereka telah mengesahkan maklumat mengenai The Gunners telah mengikuti perkembangan pemain itu sejak akhir-akhir ini.

Laporan itu mengatakan bahawa kedua-dua kelab iaitu Arsenal dan Atletico Madrid telah menyaksikan perlawanan Ramires baru-baru ini, dan membuat hubungan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pemain tersebut.

Walaupun Globo Esporte mengesahkan minat yang ditunjukkan oleh kedua-dua kelab Eropah itu terhadap Ramires, namun ejen pemain tersebut mendedahkan bahawa ianya adalah spekulasi semata-mata.



Dan pendedahan ejen yang merupakan legenda Bahia turut dilaporkan oleh media itu (Globo Esporte) yang mana bukan sahaja Ramirez yang diberi tumpuan, malahan pemain-pemain lain turut diperhatikan oleh pencari bakat kedua-dua kelab tersebut.

"Spekulasi. Bukan hanya Ramires. Seperti Ramires, begitu juga dengan pemain lain, "kata Ueslei kepada Globo Esporte.

Seperti laporan sebelum ini, Bahia dan Ramires tidak merancang untuk menjalankan urusan perpindahan pada jendela yang bakal dibuka kira-kira dua bulan lagi, walaupun terdapat tawaran hebat daripada Arsenal untuk karier pemain tersebut.

Kisah perpindahan ini jelas diperhangatkan oleh media sedangkan ejen kepada pemain tersebut turut menafikan urusan perpindahan ini dengan tindakan beliau yang mengeluarkan kenyataan begitu jelas tanpa berselindung.

Ramires , 18 tahun yang beraksi pada posisi tengah bertahan (DM) dan tengah (CM) telah membuat 11 penampilan bersama skuad utama Bahia dan berjaya menjaringkan satu gol setakat ini (musim ini).

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit per gol Minit Beraksi
Série A ( Liga Brazil) 9 - 2 - 747'
Copa Sudamericana 2 1 - 180' 180'
Jumlah 11 1 2 927' 927'

Post a Comment

Previous Post Next Post