Ejen pemain Arsenal bertemu Barcelona minggu ini, dalam perjumpaan bersama wakil Ousmane Dembele.

Arsenal memulakan era baru di bawah Unai Emery pada musim panas tahun ini dan Stephan Lichtsteiner merupakan pemain pertama diumumkan sebagai ahli terbaru yang menyertai skuad kendalian beliau di Emirates.

Dan The Gunners memperolehi pertahanan berpengalaman itu secara percuma daripada Juventus.

Pada 14 November, media Sepanyol, Mundo Deportivo, melaporkan bahawa ejen Ousmane Dembele, Moussa Sissoko bertemu dengan pegawai Barcelona pada hari Selasa.

Laporan Mundo Deportivo pada 14 November lalu.
Dalam laporan tersebut, mereka mendakwa Pengurus Sukan Bolasepak Barca, Pep Segura dan Setiausaha Teknikal, Eric Abidal bertemu wakil Dembele di Hotel Sofia, di mana mereka mengadakan perbincangan penting sebelum menuju ke pejabat kelab.
Perjumpaan tersebut difahamkan mempunyai kaitan dengan masa depan pemain kebangsaan Perancis berusia 21 tahun itu yang gagal menyerlah di Camp Nou.

Pun begitu, penerbitan yang sama kini mendakwa wakil pemain kebangsaan Perancis itu tidak menghadiri pertemuan dengan pihak pengurusan juara La Liga bersendirian.

Beliau ditemani oleh orang kepercayaan yang paling rapat dengannya, Marco Lichtsteiner, yang merupakan abang dan ejen kepada pemain pertahanan The Gunners, Stephan Lichtsteiner.

Laporan terkini Mundo
Mundo juga mendakwa bahawa pertahanan kanan The Gunners, Lichtsteiner telah menjadi 'agenda Barca', namun tiada sebarang laporan terperinci yang dicerita mereka dalam laporan tersebut.

Dan tidak dapat dipastikan sama ada pihak Ernesto Valverde akan menukar daripada minat kepada membuat tawaran untuk mendapatkan pemain kelab Utara London itu.
Lichtsteiner, 34 tahun itu hanya membuat satu permulaan (kesebelasan utama) daripada tiga penampilan yang dilakukan beliau dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan empat penampilan dalam saingan Liga Europa untuk The Gunners musim ini.

Pengendali Arsenal, Unai Emery lebih memilih Hector Bellerin berbanding beliau pada posisi pertahanan kanan dan secara keseluruhnya Lichtsteiner telah membuat sembilan penampilan dengan satu gol serta satu bantuan gol dihasilkan beliau setakat ini.

Rekod penampilan Lichtsteiner setakat ini bagi musim 2018/19 bersama The Gunners.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Europa League 4 - 1 343'
Premier League 3 - - 160'
EFL Cup 2 1 - 180'
JUMLAH 9 1 1 683'

Post a Comment

Previous Post Next Post