Awal musim panas, Inter Milan membenarkan Yann Karamoh berpindah sementara dengan menyertai Bordeaux secara pinjaman.
Kecederaan otot yang dialami oleh pemain sayap berusia 20 tahun pada bulan Julai menghalang beliau untuk bermain secara teratur untuk kelab Perancis itu sehingga permulaan Oktober.
Setakat ini Karamoh telah membuat 11 penampilan untuk Les Girondins dalam semua pertandingan, dengan menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol.
Rekod penampilan setakat ini bersama Bordeaux
Saingan 20188/19 | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Gol per minit | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|---|
Ligue 1 | 7 | 2 | - | 156 | 312 |
Europa League | 4 | - | 1 | - | 147 |
Serie A | 1 | - | - | - | 4 |
JUMLAH |
Laman web Itali, Tutto Mercato Web (TMW) mendakwa persembahan menarik yang dipamerkan pemain sayap tersebut dalam beberapa seri perlawanan kebelakangan ini menyaksikan beliau berjaya menarik minat kelab-kelab lain.
Dan mereka juga mengatakan bahawa dua kelab Inggeris berasal dari London berminat untuk mendapatkan pemain ini pada jendela perpindahan musim panas depan.
West Ham United dan Arsenal, dilaporkan telah menghantar wakil masing-masing untuk menyaksikan sendiri aksi pemain muda Inter Milan yang beraksi bersama Bordeaux, Yann Karamoh.
![]() |
Posisi yang mampu dimainkan oleh Karamoh. |
ARSENAL E WEST HAM -Potrebbe quindi esserci un derby londinese nella prossima estate, perché emissari hanno comunque annotato le prestazioni del ventenne, trasferitosi per 6 milioni di euro in nerazzurro. La plusvalenza è pressoché sicura - si parla di una valutazione di 15 milioni di euro - ed è probabile che l'Inter possa lasciarlo andare nella prossima estate. - TMW
Laporan dari TWM juga menyebut Hammers dan The Gunners boleh 'berebut' pemain muda itu namun ianya hanya akan berlaku pada musim panas akan datang.
Rekod penampilan musim lalu (2017/18) bersama Inter Milan.
Saingan 2017/18 | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Serie A | 16 | 1 | - | 480' |
Coppa Italia | 1 | - | 1 | 68' |
Coppa Primavera | 1 | - | - | 63' |
JUMLAH | 18 | 1 | - | 611' |
Nilai pasaran semasa Yann Karamoh dianggarkan sekitar €7 - 8 juta ketika ini dan beliau merupakan pemain ketiga termahal didalam pasaran semasa bagi pemain-pemain Bordeaux.