Tawaran berjumlah € 12 juta pada musim panas gagal setelah Arsenal enggan memenuhi tuntutan kelab.

Masih ingat kisah perpindahan pemain pertahanan Crotia yang kuat diperkatakan selepas berakhirnya Piala Dunia Rusia 2018?

Sebelum ini, pemain pertahanan tengah yang mewakili kelab Turki, Besiktas begitu kuat dikaitkan dengan The Gunners.

Anda boleh membacanya disini.



Dan terkini, Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran berjumlah €12 juta pada musim panas kepada kelab Turki itu, namun gagal mencapai kesepakatan selepas The Gunners enggan memenuhi tuntutan kelab tersebut.

Aksam mendakwa Besiktas cuba menjual Domagoj Vida kepada Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu setelah pemain tersebut mempamerkan aksi cemerlang ketika Kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pada kejohanan tersebut, Vida dianggap salah satu kunci kejayaan Croatia yang membawa pasukan tersebut ke peringkat akhir dan persembahan cemerlang beliau menjadi perhatian dan tarikan beberapa kelab Inggeris, termasuk Arsenal.

Sebagaimana laporan yang kami bawakan sebelum ini, Arsenal dikatakan kelab yang paling serius untuk mendapatkan Vida pada jendela perpindahan musim panas namun rundingan tersebut tidak pernah menjadi kenyataan bersama Besiktas


Menurut Aksam, The Gunners telah membuat tawaran berjumlah €12 juta kepada Besiktas untuk menandatangani pertahanan tengah itu, namun Besiktas juga menginginkan David Ospina sebagai tambahan kepada apa yang ditawarkan oleh kelab London itu.

Selanjutnya, Arsenal menolak tawaran tersebut dan mula meneroka pilihan lain, menurut Aksam

Manakala Ospina, menyertai Napoli secara pinjaman dan Besiktas pula membawa Loris Karius dari Liverpool juga secara pinjaman untuk tempoh sementara.

Selepas gagal menjual Vida, Aksam mendakwa pelan perpindahan Besiktas menjadi lebih rumit, pun begitu kelab Istanbul itu masih berharap mampu menjual pertahanan Crotia itu pada jendela perpindahan akan datang.

Kelab Turki itu menandatangani pemain antarabangsa Croatia pada jendela perpindahan Januari lepas (2018) dan berhasrat untuk membuat keuntungan jika mereka boleh melepaskan pemain itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post