Emery dilaporkan sangat menyukai dan berminat untuk membawa Hermoso ke Emirates.

Selepas dikaitkan dengan beberapa pemain tengah dan penyerang, Arsenal kali ini dikaitkan dengan perpindahan pemain pertahanan tengah.

Mario Hermoso dipanggil menyertai skuad kebangsaan Sepanyol bagi dua perlawanan akan datang untuk saingan UEFA Nations League menentang Croatia dan Bosnia dan Herzegovina.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 15 dan 18 November 2018 dan pastinya profil pemain tersebut akan terus meningkat dan mendapat liputan meluas dalam media negara itu.

Pemain pertahanan itu telah menikmati musim cemerlang bersama Espanyol dan usaha tersebut menyaksikan beliau diberi ganjaran oleh Luis Enrique, seorang pengurus pasukan kebangsaan yang nampaknya ingin menghadirkan gerun kepada pihak lawan selain ingin menggegarkan skuad Sepanyol sebanyak mungkin.

Rekod penampilan Hermoso musim ini bersama Espanyol
Bil Tarikh Venue Lawan Keputusan Posisi Jaringan Kad Kuning Minit Beraksi
1 8/18/18 A Celta de Vigo 1:1 CB 1 90'
2 8/26/18 H Valencia CF 2:0 CB 48' 90'
3 9/2/18 A Deportivo Alavés 2:1 CB 90'
4 9/16/18 H Levante UD 1:0 CB 90'
5 9/22/18 A Real Madrid 1:0 CB 90'
6 9/25/18 H SD Eibar 1:0 CB 1 90'
7 9/28/18 A Rayo Vallecano 2:2 CB 90'
8 10/7/18 H Villarreal CF 3:1 CB 45' 90'
9 10/21/18 A SD Huesca 0:2 CB 68' 90'
10 10/26/18 A Real Valladolid CF 1:1 CB 90'
11 11/5/18 H Athletic Bilbao 1:0 CB 90'

Ini semua membawa Marca kepada laporan yang mengatakan mengenai minat  Real Madrid untuk untuk mendapatkan pemain ini pada jendela perpindahan Januari nanti.

Laporan Marca pada edisi Jumaat.
Namun usaha gergasi Sepanyol itu bakal mendapat saingan sengit daripada kelab Inggeris.

Menurut akhbar Sepanyol itu, mereka menerangkan bahawa Arsenal merupakan salah satu kelab yang lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Hermoso, dan The Gunners turut dikatakan telah menyaksikan beberapa perlawanan melibatkan pemain tersebut.

Selain itu juga, pengurus Arsenal, Unai Emery dikatakan sangat menyukai pemain itu dan berminat untuk  mendapatkannya.

Ketika Real Madrid menjual Hermoso kepada Espanyol pada tahun 2017, mereka telah menetapkan klausa yang memberi mereka kelebihan besar jika mereka ingin membawanya kembali ke Santiago Bernabeu.
Pemain pertahanan tengah berusia 23 tahun ini dianggarkan bernilai £18 juta ketika ini dan nilai ini mungkin bakal meningkat setelah beliau membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Nilai pasaran semasa Mario Hermoso.
Selain nilai (harga) pemain itu, klausa yang ditetapkan oleh Real Madrid mungkin menjadi masalah besar kepada Arsenal dalam usaha mereka untuk membawa Hermoso ke Emirates.

Post a Comment

Previous Post Next Post