Pemain sasaran Arsenal - Ramires, aspek yang indah dan berani dari permainannya

Kebelakangan ini, pasti peminat dan penyokong Arsenal tertanya-tanya siapakah pemain muda Brazil yang sedang hangat dikaitkan dengan The Gunners.



Namun tidak perlu merasa malu dan jahil sekiranya anda tidak mengenali pemain muda ini kerana Ramires sendiri sememangnya tidak terkenal walaupun di Brazil. 

Dengan hanya 11 penampilan untuk pasukan utama Bahia, pemain berusia 18 tahun ini baru sahaja mengharungi bulan pertama sebagai pemain profesional dan dalam proses mempamerkan kemampuan serta kehebatan beliau.

Ramires atau nama sebenarnya Eric dos Santos Rodrigues, mendapat nama gelaran itu kerana kelihatan seperti bekas pemain tengah Chelsea. 

Ramires, bekas pemain Chelsea.
Dan di Brazil, kita semua tahu bahawa mereka tidak keberatan untuk menggunakan nama panggilan secara rasmi.



Pemain berusia 18 tahun itu membuat debutnya untuk Bahia pada awal September dan itu sudah memadai buat kelab tersebut yakin dengan kebolehan dan kemampuan yang ada pada beliau.

Dan berdasarkan itu mereka (Bahia) segera menawarkan kepadanya kontrak baru, melanjutkan perjanjian (kontrak) sebelumnya dari tahun 2019 hingga 2022.

Semenjak itu, Ramires telah menunjukkan bahawa ia berbaloi buat Bahia mengikat beliau dan sering kali mendapat pujian daripada pengulas yang membuat liputan bagi perlawanan pasukan Bahia.

Walaupun sesetengah laman web melabelkan beliau sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder), namun Ramires sebenarnya adalah merupakan pemain 'box-to-box' dan benar-benar menunjukkan kemahirannya ketika membina permainan ketika melakukan serangan.

Ramires memiliki kepantasan dan mempunyai bacaan yang baik dalam permainan serta mampu bermain menggunakan kedua kaki dengan cemerlang. 

Dengan kepantasan dan skill yang agak tinggi dimiliki beliau, pemain itu  tidak mengalami masalah untuk menembusi barisan tengah pihak lawan.

Mengenai tugas dalam bertahan, Ramires bukanlah 'ball recoverer'  tulen seperti Lucas Torreira atau N'Golo Kante



Namun stamina dan kedudukannya (positioning) yang baik menjadikan beliau aset yang berguna dalam sektor itu sebagai pemain kedua atau ketiga di bahagian tengah pertahanan.


Dengan usia yang masih muda, terdapat banyak ruang buat Ramires untuk meningkatkan kualiti dan perkembangan yang baik bagi mencapai tahap pemain Liga Perdana Inggeris satu hari nanti, terutama jika beliau meninggalkan Brazil dalam masa terdekat dan beraksi di Eropah.

Pun begitu persembahan beliau setakat ini begitu memberangsangkan dan perkembangan beliau juga berjaya menarik minat Arsenal dan Atletico Madrid yang dilaporkan telah memantau perkembangan pemain muda ini.

Baca : Sumber kedua sahkan minat Arsenal terhadap Ramires.

Mungkin ia akan menunggu sehingga musim panas akan datang, walaupun kemungkinan besar persaingan akan lebih besar pada masa itu untuk melihat pemain muda ini berpindah keluar dari Brazil.

Post a Comment

Previous Post Next Post