Serampang dua mata AS Roma terhadap Arsenal menjelang jendela perpindahan Januari

Cadangan Arsenal untuk mengambil penyerang dalam bentuk pinjaman boleh membantu Roma menangani pemain tengah.

Calciomercato telah memberikan satu  senario yang mana menurut mereka ianya menjadi sangat sempurna buat AS Roma dan juga dapat membantu Arsenal.

Kecederaan serius Danny Welbeck, mendapat berita utama media sukan Eropah ketika ini dan media Itali itu mengatakan ianya memberi peluang 'serampang dua mata' kepada AS Roma.

Mereka mendakwa, Arsenal terpaksa mencari pengganti kepada kekosongan yang ditinggalkan Welbeck, setelah pemain tersebut terpaksa berehat panjang dan kemungkinan terpaksa melupakan musim ini.

Dan Roma pula dikatakan ingin 'menghantar' penyerang berusia 22 tahun, Patrik Schick secara pinjaman.

Ideanya adalah, dimana mereka mendakwa bahawa Schick dapat memberikan pilihan kepada Emery dalam bentuk 'back up' untuk Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang namun ianya tetap memberi masalah kepada pemain muda Roma itu kerana masa bermain yang terhad.

Dan kekurangan minit bermain pastinya gagal memuaskan pemain tersebut selain merencatkan proses perkembangan beliau.

Mereka juga menganggap proses tersebut (urusan pinjaman) bakal memudahkan Roma untuk menandatangani Aaron Ramsey, yang mana kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini bersama Arsenal.

Calciomercato telah berjaya membuatkan senario tersebut begitu indah dan mudah namun persoalannya apakah rancangan sebenar Ramsey?

Adakah beliau sedia meninggalkan UK?

Pemain kebangsaan Wales itu mampu menyertai mana-mana kelab yang beliau mahukan selepas berakhirnya kontrak beliau pada Jun 2019, namun beliau juga kemungkinan dijual pada jendela perpindahan Januari nanti (jika mencapai persetujuan dengan Arsenal dan kelab lain).

Pun begitu, amat sukar untuk melihat pemain The Gunners ini meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post