Emery sahkan Welbeck dimasukkan ke hospital selepas kecederaan teruk pada buku lali.

Unai Emery mengesahkan pemain penyerang, Danny Welbeck dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut mengenai tahap kecederaan pergelangan kaki yang dialaminya ketika menentang Sporting.



Welbeck kembali ke barisan permulaan untuk perlawanan Liga Europa di Stadium Emirates dan melepaskan peluang awal untuk memecah kebuntuan.

Peluang kedua menyaksikan pemain antarabangsa England itu menanduk bola terus ke dakapan penjaga gol Sporting, Renan Ribeiro.

Namun Welbeck mendarat dengan teruk yang mengakibatkan pergelangan kakinya mengalami kecederaan serius dan terpaksa diusung keluar.

Pengendali Arsenal, Unai Emery mengesahkan kecederaan itu "serius" tetapi The Gunners akan menunggu untuk mengetahui sejauh tahap kecederaan pemain berusia 27 tahun itu.

"Berita terburuk malam ini adalah kecederaan ini," kata Unai Emery pada sidang media. 

"Kami fikir (Welbeck) mengalami cedera teruk.

"Dia telah dibawa ke hospital. Kami akan menunggu (untuk perkembangan seterusnya).

"Danny bermain dengan baik, dia adalah pemain yang sangat baik, komitmennya kepada kita sangat besar.

"Kecederaan ini sangat besar untuknya, untuk kami dan untuk semua orang."

Arsenal juga kehilangan pemain pertahanan, Stephan Lichtsteiner selepas pemain tersebut mengalami kecederaan dengan baki perlawanan hanya tinggal 16 minit lagi dan Emery berharap tahap kecederaan Welbeck tidak begitu serius.

Selain itu juga, pengendali The Gunners itu mengatakan bahawa mereka bakal mengetahui tahap kecederaan Lichtsteiner lebih lanjut pada hari ini (esok waktu UK).

Post a Comment

Previous Post Next Post