Galatasaray hampir menandatangani Welbeck pada musim panas lalu.

Penyerang Arsenal, Danny Welbeck hampir menyertai Galatasaray setelah The Gunners bersetuju dengan kelab Turki itu.



Wartawan Red Report, Ugur Karakullukcu mendakwa bahawa Galatasaray begitu hampir menandatangani penyerang Arsenal, Danny Welbeck semasa jendela perpindahan musim panas lalu dibuka.

Kelab Istanbul itu dikaitkan dengan penyerang Arsenal menjelang saat-saat akhir jendela perpindahan musim panas lalu dan mereka berharap berjaya melengkapkan perpindahan tersebut sebelum tarikh akhir perpindahan ditutup.

Karakullukcu, mempunyai hubungan rapat dengan Galatasaray, mendakwa bahawa pihak pengurusan kelab Turki itu telah menyakinkan pengurus pasukan, Fatih Terim untuk menjual Bafetimbi Gomis kerana mereka memaklumkan kepada pengurus tersebut bahawa persetujuan telah dicapai bersama Arsenal untuk meminjam Welbeck.
Walau bagaimanapun, perjanjian untuk membawa pemain Arsenal itu ke Turki menemui kegagalan pada saat-saat akhir, walaupun Galatasaray telah bertindak melepaskan Gomis dengan menjual pemain tersebut ke Al-Hilal.

Kelab Turki itu, kini dilaporkan memberi keutamaan untuk menandatangani penyerang baharu pada jendela perpindahan Januari nanti dengan pemain-pemain seperti Oumar Niasse dan Shinji Okazaki dikaitkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Dengan kecederaan yang menimpa pemain kebangsaan England dan penyerang Arsenal itu, Galatasaray mungkin tidak akan meneruskan usaha mereka sebelum ini untuk mendapatkan penyerang The Gunners itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post