Arsenal kembali bertanya mengenai Dembele dan yakin rakan di Arsenal mampu memujuknya

Begitulah bunyi laporan yang dikeluarkan oleh media Sepanyol, Sport dua hari lalu berhubung gosip perpindahan pemain Barcelona ke Arsenal.



Menurut laporan, Arsenal dikatakan ingin mendatangani Ousmane Dembele pada musim panas  dengan pertukaran 'mengejut' melibatkan Ramsey (baca disini), bagaimanapun pihak Barcelona memutuskan untuk tidak membenarkan perkara itu terjadi sebelum musim baru bermula.

Selepas permulaan yang baik untuk kempen kali ini, pemain kebangsaan Perancis itu perlahan-lahan lenyap daripada bermula dalam kesebelasan utama skuad Ernesto Valverde.

Kini dengan jendela perpindahan kedua bakal dibuka (perpindahan musim sejuk, Januari nanti), The Gunners dilaporkan kembali membuat pertanyaan mengenai pemain tersebut sebagaimana dilaporkan oleh Sports.

Media Sepanyol itu mendakwa bahawa pihak Emery tidak menyedari dan memahami 'situasi sebenar' bekas pemain Borussia Dortmund di Camp Nou, dan oleh kerana itu mereka dikatakan telah kembali membuat pertanyaan mengenai pemain tersebut menjelang perpindahan kedua dipertengahan musim ini.

Unai Emery dikatakan berminat terhadap penyerang  tersebut, yang mempunyai kawan baik di Emirates iaitu bekas rakan sepasukannya ketika beraksi di Bundelsliga, Pierre-Emerick Aubameyang.

Dan perkara tersebut boleh menjadi faktor penting dalam meyakinkan pemain berusia 21 tahun untuk menyertai kelab Utara London.

Selain itu, kedua-dua pihak juga mempunyai hubungan baik dalam rekod perpindahan sebelum ini serta ditambah dengan kehadiran Ketua Perhubungan Bola Sepak, Raul Sanllehi yang menyertai  The Gunners dari Barcelona.


Walau bagaimanapun, sukar bagi The Gunners untuk membawa Dembele ke Emirates pada awal tahun 2019 kerana pihak Ernesto Valverde dilaporkan tidak akan meluluskan penjualan mahupun  melepaskan pemain tersebut secara pinjaman pada jendela perpindahan Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post