Ejen pemain sahkan perbincangan dengan Arsenal mengenai perpindahan penyerang prolifik, Genk.

Minggu lalu kami membawa laporan mengenai wakil Arsenal berada di Belgium memantau perkembangan pemain muda KRC Genk yang dilihat sebagai pengganti kepada Welbeck.



Dalam perkembangan terkini, ejen pemain kepada Leandro Trossard telah mengesahkan bahawa The Gunners telah bercakap kepadanya mengenai minat mereka dalam potensi unutk membawa pemain tersebut ke Emirates.


Pemain berusia 23 tahun itu berada dalam prestasi terbaik musim ini apabila telah menjaringkan 15 gol dalam kesemua kejohanan setakat ini.

Beliau yang beraksi pada sayap kiri pasukan Genk, menunjukkan potensi besar sebagai penjaring gol yang berkesan serta sebagai pemain yang menghasilkan bantuan gol kepada pasukan.

Rekod penampilan setakat ini.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Gol per Minit Minit Beraksi
Jupiler Pro League 11 8 2 104' 830'
Europa League Qualifying 5 5 2 77' 385'
Europa League 2 2 - 90' 180'
JUMLAH 18 15 4 93 1,395'



Dan sebagaimana laporan terdahulu yang mengatakan The Gunners telah mengikuti dan memantau  perkembangan Trossard, terkini laporan Sporza telah mendedahkan dimana ejen pemain itu, Josy Comhair telah mengakui telah berhubung bersama pihak Arsenal.

Comhair mendakwa bahawa wakil Arsenal telah memberitahunya bahawa mereka telah memantau Trossard semenjak bulan Ogos lagi, dan ianya kelihatan seperti sasaran jangka panjang bagi kelab Utara London itu.

"Saya telah bercakap dengan wakil dari Arsenal dan Tottenham. Di Spurs, tiada siapa yang mahu mengesahkan bahawa Trossard adalah pilihan, tetapi Arsenal mengesahkannya, " kata Comhair.

"Mereka memberitahu saya, Leandro mempunyai profil yang sangat menarik untuk mereka dan mereka telah mengikuti dia sejak Ogos.

"Mereka juga menambah ia adalah pilihan yang baik untuk tinggal di Genk bagi tempoh setahun lagi. Mereka menamatkan panggilan telefon (dengan mengatakan) mereka mengawasi dia. "

Selain Arsenal dan Tottenham, Monaco juga dilaporkan berminat terhadap pemain tersebut dengan terdapat beberapa laporan yang mengatakan kelab itu sedia mengeluarkan belanja sebanyak €18 juta untuk mendapatkan Trossard.

Namun Comhair menjelaskan bahawa CEO Monaco, Philip Dhondt tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut setelah dihubungi beliau walaupun pihak mereka telah memantau Trossard beberapa kali.

Begitu juga dengan Borussia Dortmund, yang mana wakil mereka turut kelihatan memantau perkembangan pemain tersebut, namun Comhair juga mengakui tiada sebarang hubungan dibuat diantara mereka setakat ini.

Berdasarkan laporan tersebut, hanya Arsenal dikatakan berminat dan memberi jawapan positif terhadap pemain sayap berusia 23 tahun itu walaupun tidak berhasrat untuk membawa Trossard dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh Welbeck mungkin mengubah pandangan The Gunners dalam mendapatkan pemain ini pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pun begitu, laporan itu juga mendedahkan dimana ejen pemain tersebut lebih memilih untuk ke Sepanyol berbanding England kerana corak permainan Trossard lebih sesuai disana, namun beliau juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk pemain tersebut beraksi di Liga Perdana Inggeris.

"I sometimes agree that he can not go to England but to Spain, because that technical football suits him, he smiles, but he'll let it all come to him. You will not get Leandro easily." - Comhair via Sporza

Sebelum ini, pengurus Genk telah mendedahkan bahawa nilai € 25 juta masih belum cukup buat mereka untuk menjual ataupun melepaskan Trossard.

Post a Comment

Previous Post Next Post