Kejutan skuad Perancis dengan Lacazette dipanggil namun gagal melaporkan diri.

Penyerang Arsenal terkejut dengan panggilan lewat untuk tugasan antarabangsa selepas pengguguran pemain ekoran kecederaan.



Kejutan dalam panggilan terkini skuad kendalian Didier Deschamps dalam persiapan Perancis menentang Belanda bagi kempen Piala Negara-Negara Eropah dan perlawanan persahabatan menentang Uruguay.

Nasib malang buat dua pemain Manchester United selepas disisihkan daripada skuad kebangsaan Perancis apabila Paul Pogba dan Anthony Martial, kedua-duanya mengalami kecederaan.

Senarai pemain yang dikeluarkan oleh FFF pada 8 November 2018.
Pihak Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) telah mengumumkan pada petang Isnin bahawa Pogba mengalami kecederaan otot di paha kirinya, manakala Martial pula telah didiagnosis mengalami kecederaan tambahan selepas perlawanan menentang Manchester City.

Mereka berdua akan digantikan oleh Alexandre Lacazette dan Moussa Sissoko, yang menjadi berita kejutan baik buat pemain Arsenal dan Tottenham.



Peluang ini sudah tentu menggembirakan Lacazette selepas persembahan cemerlang beliau bersama Arsenal setakat musim ini.

Namun begitu penyerang The Gunners ini dilaporkan tidak dapat melaporkan diri untuk tugasan kali ini dan pihak FFF setakat semalam, tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai kegagalan Lacazette untuk bersama mereka kali ini.

Dipercayai bahawa Lacazette mengalami kecederaan kecil pada pangkal paha.
Dengan kegagalan Lacazette bermain untuk Perancis,  Didier Deschamps telah memanggil Alassane Plea untuk mengisi kekosongan tersebut. 

Seorang lagi pemain terpaksa disisihkan Perancis untuk aksi kali ini adalah pemain Manchester City, Benjamin Mendy yang dilaporkan mengalami kecederaan lutut.

Post a Comment

Previous Post Next Post