Lagi berita dari Brazil mengenai perpindahan Ramires ke Arsenal

Arsenal terus dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah kelab Bahia, Ramires.



Berikutan laporan mengejutkan mendakwa Arsenal kemungkinan menjadi destinasi Ramires pada Januari nanti, media Brazil terus berusaha membawa perkembangan terkini mengenai khabar angin perpindahan pemain tersebut.

Sebelum ini ejen pemain itu, Ueslei telah mengesahkan bahawa Arsenal telah memantau pemain itu namun menolak sebarang dakwaan mengenai rundingan telah dijalankan bersama The Gunners.


Namun dalam perkembangan terkini mengenai kisah perpindahan Ramires, pihak Bahia juga dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan mengenai situasi melibatkan pemain mereka.

Naib Presiden, Vitor Ferraz telah bercakap dengan Rádio Metropole, dan beliau mengesahkan bahawa pemain tengah berusia 18 tahun itu telah pantau oleh wakil kelab Arsenal dan Atletico Madrid (sebagaimana laporan sebelum ini).

Pun begitu, beliau menjelaskan tiada sebarang tawaran telah dibuat daripada kelab tersebut  untuk mendapatkan Ramires setakat ini.


"Ia adalah satu tempoh dimana penilaian dibuat secara berterusan dan ia adalah perkara biasa untuk pendekatan seperti ini, pencari bakat datang ke sini dan menilai atlet lebih dekat dan kami menyedari semua ini," kata Ferraz kepada Rádio Metrópole.

"Dalam istilah kontrak, atlet dilindungi dengan baik dan tugas kami adalah membimbingnya dan membuatnya memikirkan untuk bermain bolasepak."

Walaupun banyak laporan di Brazil telah membicarakan situasi ini namun tiada mana-mana pihak yang melaporkan nilai sebenar yang dipinta oleh Bahia untuk melepaskan pemain tersebut. 

Persoalan yang timbul ketika ini, berapa banyak dimahukan Bahia dan berapa tinggi yang sanggup dikeluarkan oleh Arsenal dan juga Atletico Madrid untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post