🎥 : Pemain sasaran Arsenal pamer prestasi cemerlang dengan satu gol dan satu bantuan gol.

Pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan Januari nanti pamerkan aksi cemerlang pada perlawanan derby pertama beliau.



Apabila pemain muda Brazil dikaitkan dengan kelab-kelab ternama Eropah, kebiasaannya orang akan membuat tanganggapan bahawa pemain itu akan dibuai mimpi indah dan perkara tersebut bakal bermain dikepala mereka (memikirkan kelab barunya) sehinggakan menjejaskan prestasi bersama kelab.

Walaupun berita kuat mengatakan bahawa Arsenal akan menandatangani Ramires pada Januari nanti, namun pemain berusia 18 tahun nyata tidak terganggu dengan perkhabaran tersebut, sebaliknya beliau telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelab beliau, Bahia.

Ramires beraksi pada perlawanan derby Salvador pertamanya ketika menentang Vitoria pada hari Ahad, dan mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan di tempat lawan.


Pasukan tuan rumah, Vitoria terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-8, namun menuju ke penghujung babak pertama, Ramires telah mengambil satu sepakan percuma untuk menghasilkan gol penyamaan. 

Bantuan gol daripada Ramires

Kemudian pasukan tuan rumah kembali didepan apabila menjaringkan gol lagi untuk kedudukan Vitoria 2-1 Bahia.

Dan empat minit kemudian, Ramires berada dikedudukan terbaik untuk menjaringkan gol pertamanya di liga Brazil yang seterusnya menjadi hero dalam perlawanan tersebut yang berkesudahan seri 2-2.

Gol Ramires

Post a Comment

Previous Post Next Post