'Makan, tidur, skor, ulang' - Peminat terus 'gila' dengan prestasi semasa Reiss Nelson.

Pemain muda yang dipinjamkan Arsenal ke Bundesliga menikmati musim yang menakjubkan dan Reiss Nelson melakukannya lagi.

Pemain berusia 18 tahun itu telah menjaringkan lima gol dalam enam penampilan Bundesliga sebelum hujung minggu ini dan kini beliau telah menjaringkan enam gol dalam tujuh penampilan.

Nelson hanya menjadi pemain simpanan Hoffenheim ketika menentang Augsburg dan pada kedudukan masih terikat 1-1, beliau telah dibawa masuk pada minit ke-82 untuk melengkapkan kemenangan 2-1 keatas pasukan pelawat hari ini.

Rekod penampilan Nelson musim 2018/19 setakat ini
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit per Gol Minit Beraksi
Bundesliga 7 6 1 54 325
UEFA Champions League 3 - - - 55
Premier League 2 2 1 - 180 180
DFB-Pokal 1 - - - 33
JUMLAH 13 7 1 85 593

Ia hanya mengambil masa seminit untuk pemain muda The Gunners itu merekodkan jaringan keenam peribadi beliau dalam saingan Bundesliga.

Pada minit ke-83 (seminit selepas dimasukkan), beliau telah menjaringkan gol kemenangan Hoffenheim untuk membawa pasukan itu menduduki tangga kelima liga Jerman buat sementara.

Peminat Arsenal begitu teruja dengan prestasi pemain muda ini, dengan ada yang meminta agar Gareth Southgate memanggil beliau untuk beraksi di dalam skuad kebangsaan England.

Manakala bagi pengurus England, yang juga merupakan peminat Nelson, beliau telah mengatakan bahawa beliau hanya akan memilihnya apabila beliau merasakan waktu yang  tepat dan sesuai buat pemain itu dipanggil.


Namun dengan prestasi semasa beliau ketika ini dan jika Nelson terus mempamerkan aksi cemerlang bersama Hoffenheim, pemain remaja itu pasti tidak lama lagi akan dipanggil Southgate untuk skuad senior England.

Melihat perkembangan Nelson itu, penyokong The Gunners terus 'mengila' dilaman sosial Twitter  terutamanya selepas beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas Augsburg.

Post a Comment

Previous Post Next Post