Arsenal buru pengganti Danny Welbeck selepas kecederaan serius yang dialami.

Pemain Lille, Nicolas Pepe dilaporkan menjadi sasaran The Gunners bagi menggantikan ketiadaan Welbeck.



Kecederaan buku lali yang dialami Danny Welbeck menyebabkan Arsenal kini dalam gerakan memulakan pencarian mereka untuk penggantiannya.

Pemain antarabangsa England itu dikatakan terpaksa direhatkan untuk tempoh yang panjang selepas mengalami kecederaan ketika skuad kendalian Emery mencatatkan keputusan seri dengan Sporting pada awal pagi Jumaat (waktu Malaysia).


Walaupun setakat ini tiada pengumuman rasmi dari kelab mengenai tahap kecederaan yang dialami Welbeck, namun kecederaan tersebut dikatakan sangat serius dan mungkin Arsenal bakal kehilangan khidmat pemain ini untuk baki kempen 2018/19.


Dan rumors perpindahan kembali hangat mengatakan bahawa Arsenal bakal mendapatkan pemain Lille, Nicolas Pepe pada jendela perpindahan Januari nanti.


Sebelum ini, pemain tersebut telah menjadi topik hangat dalam senarai perpindahan The Gunners walaupun ketika itu Welbeck masih belum mengalami kecederaan.


Pemain berusia 23 tahun itu telah mendapat perhatian beberapa kelab ternama Eropah musim ini selepas menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan setakat ini. 

Selain Arsenal, Barcelona dan Bayern Munich turut  dilaporkan menunjukkan minat terhadap pemain itu namun media Inggeris, Mirror mencadangkan Arsenal akan berusaha untuk mendapatkan Pepe pada jendela perpindahan Januari nanti dengan sedia membuat tawaran rasmi berjumlah € 30 juta.

Nilai pasaran semasa Pepe dianggarkan berjumlah €25 juta (kira-kira £21.84 juta).


Post a Comment

Previous Post Next Post