Persembahan mantap Nelson bukan jaminan dan tiada tiket untuk skuad England - Southgate

Reiss Nelson, bintang muda Arsenal yang dipinjamkan ke Hoffenheim merupakan salah seorang daripada pemain bawah 21 tahun England yang berada dalam fikiran Gareth Southgate.

Gareth Southgate, pengendali skuad kebangsaan England mengagumi Reiss Nelson namun telah memberi amaran kepada remaja itu supaya tidak terlalu yakin dengan prestasi cemerlang ketika ini memberikan slot automatik buat pemain tersebut untuk bersama skuad Three Lions.

Penyerang Arsenal, Nelson 18 tahun, membuat penampilan yang begitu menakjubkan bersama Hoffenheim, di mana beliau telah menjaringkan enam gol dalam hanya tujuh penampilan Bundesliga.

Pemain akademi The Gunners ini merupakan sebahagian daripada skuad remaja England dan pernah berlatih bersama pasukan Southgate pada bulan September lalu.

Rakan senegara beliau yang berpangkalan di Jerman, Jadon Sancho telah diberikan cap pertamanya, namun Southgate menjelaskan bahawa tiada jaminan buat Nelson mengikuti jejak langkah pemain  Borussia Dortmund dalam masa terdekat.

"Kami sangat menyukai Reiss," kata Southgate kepada wartawan. 

"Dia bermain dengan baik bersama Hoffenheim. Kami fikir dia dan beberapa pemain lain, bawah 21 tahun mempunyai masa depan yang besar.

"Dia sentiasa memberi kejutan kepada saya ketika perlawanan di Arsenal. Dia sentiasa memberi kesan yang sangat baik setiap kali dia bermain.

"Saya sentiasa menyukai keperibadiannya di padang dan dia adalah salah seorang pemain penyerang yang akan mendapat tempat di tahun-tahun mendatang.

"Tetapi dia bukan satu-satunya pemain yang layak dan ia penting buat kami untuk terus mendorongnya.

"Saya tidak mahu dia berfikir bahawa dia selesa dengan situasi terkini dan dia yang seterusnya, kerana ada persaingan yang baik untuk tempat dalam kumpulan U21 itu."

England menjadi tuan rumah kepada Amerika Syarikat pada perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung 15 November ini sebelum menerima kunjungan Croatia di Wembley tiga hari kemudian untuk saingan Nation League.

Penyerang Bournemouth, Callum Wilson mungkin memperolehi cap pertamanya selepas dipanggil Southgate untuk skuad terkini England, sementara Wayne Rooney akan membuat penampilan perpisahan antarabangsa dalam perlawanan menentang Amerika Syarikat.

Post a Comment

Previous Post Next Post