Pemain Leeds United 'memahami masalah' yang dihadapi oleh Granit Xhaka

Granit Xhaka ketika ini menikmati masa yang sangat baik di Arsenal dan prestasi beliau amat mengagumkan ketika perlawanan menentang Liverpool pada hujung minggu lalu.


Pemain tengah berusia 26 tahun ini mendapat kepercayaan tinggi pengendali Arsenal ketika ini dan mempunyai peranan penting serta merupakan salah seorang pemain utama di dalam skuad kendalian Unai Emery semenjak pemergian pengurus terdahulu Arsene Wenger.

Walaupun beliau terkenal dengan terjahan kasar dan juga koleksi kad disipilin (kuning dan merah) namun ianya dilihat semakin berkurangan dari musim ke musim.

Pun begitu, Xhaka telah memungut empat kad kuning dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini musim ini, yang terakhir adalah ketika menentang Leicester City pada 22 Oktober lalu.

Rekod penampilan Xhaka dalam saingan Liga Perdana musim ini (setakat ini).
Bil. Tarikh H/A Lawan Keputusan Posisi G BG K KK M Minit Beraksi
1 8/12/18 H Man City 0:2 DM - - 52' - - 70'
2 8/18/18 A Chelsea 3:2 DM - - 27' - - 45'
3 8/25/18 H West Ham 3:1 DM - - - - - 90'
4 9/2/18 A Cardiff 2:3 DM - 1 66' - - 90'
5 9/15/18 A Newcastle 1:2 DM 1 - - - - 90'
6 9/23/18 H Everton 2:0 DM - - - - - 90'
7 9/29/18 H Watford 2:0 DM - - - - - 90'
8 10/7/18 A Fulham 1:5 DM - - - - - 90'
9 10/22/18 H Leicester 3:1 DM - - 35' - - 90'
10 10/28/18 A Crystal Palace 2:2 LB 1 - - - - 90'
11 11/3/18 H Liverpool 1:1 DM - - - - - 90'
H= Home, A=Away, G= Jaringan, BG=Bantuan Gol, K=Kad Kuning, KK+ Kad Kuning Kedua, M=Kad Merah



Akhbar Swiss, Neue Zurcher Zeitung telah melihat situasi itu dan mereka mengatakan bahawa Xhaka menghadapi kritikan yang tidak adil oleh media Inggeris untuk halangan ataupun terjahan yang dilakukan oleh pemain kebangsaan Switzerland tersebut.

Petikan laporan Neue Zurcher Zeitung, 5 November 2018
Manakala Jack Wilshere dan Aaron Ramsey seringkali terselamat daripada kritikan dan laporan negatif kerana mereka 'menikmati populariti tinggi di tanah air mereka', dan ini menjelaskan situasi Xhaka yang lebih sukar.

Seorang pemain yang memahami isu sebenarnya yang dihadapi Xhaka adalah rakan sengaranya (Switzerland) iaitu Gaetano Berardi.

Gaetano Berardi, 30 tahun menyertai Leeds United pada 19 Julai 2014.
Pemain Leeds United itu 'memahami masalah' yang dihadapi oleh Xhaka, menurut laporan Neue Zurcher Zeitung.

Berardi, pertahanan tengah yang mampu beraksi pada pertahanan kanan dan kiri (full back) berusia 30 tahun, menyertai Leeds pada 2014 dari Sampdoria dan berhadapan dengan cabaran fizikal dalam bolasepak Inggeris tanpa terlepas daripada tindakan disipilin (layangan kad).

You arrive, you know that English football is very physical, so you try to keep up and forfeit the temptation to overcompensate in the use of the body.
-- Berardi

Sepanjang mewakili Leed United (123 penampilan), Berardi telah mengumpul 16 kad kuning, dua kad merah hasil layangan dua kad kuning dan empat kad merah (straight red card) dan musim ini sahaja beliau telah mengumpul tiga kad kuning dengan kad kuning terakhir (setakat ini) diterima beliau pada 24 Oktober 2018 ketika menentang Ipswich.

Post a Comment

Previous Post Next Post