Arsenal sedia labur € 50 juta untuk dapatkan pemain sayap dan penyerang muda Lille, Nicolas Pepe.

Arsenal dilaporkan serius dengan perpindahan pemain apabila dikatakan sedia mengeluarkan belanja sekitar €50 juta untuk mendapatkan pemain Lille.


Prestasi cemerlang Nicolas Pepe musim ini bersama Lille menyebabkan banyak khabar angin mengenai perpindahan pemain usia 23 tahun itu dengan beberapa kelab ternama.

Dengan lapan gol dan tujuh bantuan gol berjaya dihasilkan beliau dalam 13 penampilan secara keseluruhan musim ini (setakat ini), beliau yang beraksi sebagai penyerang dan sayap kanan mencetuskan berita hangat menjelang jendela perpindahan nanti.

Rekod penampilan musim ini (setakat ini).
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Ligue 1 12 8 7
Coupe de la Ligue 1 - -
JUMLAH 13 8 7

Selain kelab-kelab ternama Eropah, kelab-kelab Inggeris turut dikaitkan dengan pemain kebangsaan Ivory Coast ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan Lille tidak mungkin dapat bertahan sekiranya terdapat tawaran besar daripada mana-mana kelab yang ingin mendapatkan khidmat pemain tersebut.



Arsenal merupakan salah satu kelab Liga Inggeris yang telah dikaitkan dengan pemain tersebut dalam beberapa siri laporan sebelum ini dan terbaru, dakwaan mengenai perpindahan ini telah dibawakan oleh Telefoot.


Media Perancis itu yang mana pada hujung minggu lalu telah menemubual Pepe, menjelaskan dimana terdapat beberapa kelab berminat mendapatkan pemain tersebut namun hanya tiga kelab sahaja yang dilaporkan sangat serius.

Ketiga-tiga kelab tersebut adalah Arsenal, Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

Kesemua kelab tersebut dikatakan 'bersedia untuk meletakkan €50 juta di atas meja ' bagi melengkapkan perpindahan Pepe.

Lain-lain, termasuk Barcelona, ​​Atletico Madrid dan Chelsea juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut namun tiada tindakan bersungguh-sungguh yang dilaporkan setakat ini.

Walaupun Pepe gembira berada bersama Lille, namun apabila ditanya oleh Telefoot mengenai masa depannya, beliau menjelaskan:

"Kami tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, untuk saat ini saya berada di LOSC. Saya mempunyai sesuatu yang perlu dilakukan di LOSC. Ia sesuatu yang saya mahu lakukan pada musim ini dan kemudian memikirkan musim depan."

Penjelasan Pepe itu mungkin merujuk kepada melayakkan diri bersama Lille bagi saingan Eropah musim depan, namun sekiranya Arsenal atau mana-mana kelab menawarkan €50 juta kepada pihak pengurusan Lille, maka keputusan kedua-dua pihak (Lille dan Pepe) mungkin akan diuji serta keputusan berbeza mungkin dicapai.

Post a Comment

Previous Post Next Post