Pemain pertahanan muda berusia 22 tahun, Gianluca Mancini dipantau wakil Arsenal

Masalah kecederaan yang dihadapi pertahanan veteran Atlanta, Andrea Masiello musim ini memaksa pengurus pasukan kelab itu, Gian Piero Gasperini untuk menggunakan khidmat pertahanan muda.


Gianluca Mancini berusia 22 tahun mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama Atlanta musim ini selepas barisan pertahanan mereka kehilangan tonggak utama ekoran kecederaan.

Dan beliau telah beraksi penuh (90 minit) untuk empat perlawanan terakhir liga setakat ini.

Dalam empat perlawanan terkini itu, Atalanta telah berjaya menjaringkan 15 gol dan bolos tiga kali serta prestasi cemerlang turut dipamerkan oleh pertahanan tengah itu.

Kecemerlangan Mancini dalam empat perlawanan tersebut amat terserlah setelah beliau menjaringkan tiga gol dan juga menghasilkan satu bantuan gol selain memastikan kubu pertahanan Atlanta kekal cemerlang dengan tiga kali bolos (untuk empat perlawanan liga terakhir/terkini).

Keputusan Perlawanan Atlanta Dalam Saingan Serie A (setakat ini)
Bil Keputusan
1 Atalanta 4–0 Frosinone
2 Roma 3–3 Atalanta
3 Atalanta 0–1 Cagliari
4 SPAL 2–0 Atalanta
5 Milan 2–2 Atalanta
6 Atalanta 0–0 Torino
7 Fiorentina 2–0 Atalanta
8 Atalanta 0–1 Sampdoria
9 Chievo 1–5 Atalanta
10 Atalanta 3–0 Parma
11 Bologna 1–2 Atalanta
12 Atalanta 4–1 Internazionale




Menurut laporan Calciomercato, kehebatan pemain tersebut berjaya mengundang minat beberapa kelab gergasi Eropah dengan dikatakan pencari bakat Arsenal dan Borussia Dortmund hadir di Stadio Atleti Azzurri d'Italia untuk menyaksikan Mancini beraksi menentang Inter Milan.

Bekas pemain akademi Fiorentina itu mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Inter Milan dengan satu jaringan dihasilkan dalam membantu Atlanta menewaskan pasukan pelawat dengan keputusan penuh perlawanan, 4-1.

Rekod Penampilan Empat Perlawanan Tekini Mancini Bersama Atlanta 
Bl. Tarikh Venue Lawan Keputusan Posisi Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
9 10/21/18 A Chievo Verona 1:5 CB 90'
10 10/27/18 H Parma 3:0 CB 1 1 90'
11 11/4/18 A Bologna 1:2 CB 1 90'
12 11/11/18 H Inter 4:1 CB 1 90'

Bagaimanapun, laporan tersebut juga mendakwa bahawa prestasi Mancini adalah begitu positif ketika menentang lawan yang kuat, dan kelab utara London serta wakil Bundesliga telah memilih perlawanan yang tepat untuk menyaksikan kehebatan pemain pertahanan tengah yang juga mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

Walau bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan sama ada The Gunners dijangka melakukan apa-apa mengenainya.

Nilai pasaran semasa pemain ini dianggarkan berada sekitar £1.5 -2 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post