Berada ditangga teratas Liga Jupiler Pro dengan 35 mata daripada 15 perlawanan, KRC Genk menjadi tarikan utama di Belgium ketika ini.
Musim lalu (2017/18), mereka hanya menamatkan saingan liga ditangga kelima dengan Club Brugge muncul selaku juara dengan mengumpul 67 mata, manakala mereka hanya mengumpul 44 mata.
Namun berbeza dengan musim ini apabila mereka tampil dengan lebih garang setelah mengharungi 15 perlawanan tanpa mencatat sebarang kekalahan untuk memimpin liga ketika ini.
Kedudukan Liga Belgium setakat ini (2018/19)
# | Kelab | P | M | S | K | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | KRC Genk | 15 | 10 | 5 | 0 | 35 |
2 | Club Brugge | 15 | 9 | 4 | 2 | 31 |
3 | Royal Antwerp | 15 | 9 | 4 | 2 | 31 |
4 | RSC Anderlecht | 15 | 9 | 3 | 3 | 30 |
5 | Sint-Truiden | 15 | 6 | 6 | 3 | 24 |
6 | KAA Gent | 15 | 7 | 2 | 6 | 23 |
7 | Club Brugge | 15 | 6 | 5 | 4 | 23 |
8 | RSC Charleroi | 15 | 6 | 2 | 7 | 20 |
9 | Cercle Brugge | 15 | 5 | 4 | 6 | 19 |
10 | KV Oostende | 15 | 5 | 3 | 7 | 18 |
11 | KAS Eupen | 15 | 5 | 1 | 9 | 16 |
12 | KV Kortrijk | 15 | 4 | 4 | 7 | 16 |
13 | Zulte Waregem | 15 | 3 | 3 | 9 | 12 |
14 | Waasl.-Beveren | 15 | 1 | 8 | 6 | 11 |
15 | Mouscron | 15 | 2 | 4 | 9 | 10 |
16 | KSC Lokeren | 15 | 2 | 4 | 9 | 10 |
Dengan skuad yang dibarisi oleh pemain muda dan berpengalaman, kelab itu juga mempunyai perbezaan gol yang tinggi iaitu sebanyak +24 (jaringan 39 dan bolos 15) dan perkembangan menarik KRC Genk telah menarik minat kelab-kelab Eropah lain untuk menghantar pencari bakat untuk memantau prestasi pemain kelab tersebut.
Arsenal juga tidak terkecuali apabila laporan turut mengatakan bahawa wakil daripada kelab Utara London telah berada di Belgium untuk menyaksikan prestasi pemain-pemain cemerlang kelab tersebut.
![]() |
Sander Berge, 20 tahun . |
Antara pemain yang dikatakan mencuri tumpuan dan mendapat perhatian adalah Sander Berge, yang mana baru-baru ini pada bulan Ogos tahun ini, pernah dilaporkan mendapat perhatian serius daripada The Gunners, menurut Dagbladet daripada Norway.
Manakala La Capitale mendakwa kehadiran wakil The Gunners pada perlawanan menentang Mouscron tidak mengejutkan kerana minat mereka sebelum ini terhadap pemain tengah bertahan itu sememangnya telah diketahui.
Walau bagaimanapun, Arsenal telah menandatangani dua pemain pada posisi tersebut iaitu Lucas Torreira dan Matteo Guendouzi pada musim panas, membuatkan rumors dan usaha menandatangani pemain tersebut tidak diteruskan.
Namun dengan kecederaan teruk yang dialami oleh Danny Welbeck, Arsenal dikatakan sedang memantau perkembangan pemain sayap kiri kelab itu, Leandro Trossard yang telah beraksi hampir kesemua perlawanan liga musim ini (setakat ini).
Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan 15 gol dalam 18 penampilan bagi semua pertandingan, membuatkan beliau menjadi tarikan dan perhatian utama ketika ini.
![]() |
Leandro Trossard |
Pun begitu, dengan usia masih muda, pemain ini bukanlah murah kerana pengurusnya baru-baru ini mendedahkan nilai sebanyak € 25 juta (£ 21.75 juta) pada bulan Januari nanti tidak akan cukup untuk meyakinkan Genk seupaya melepaskan bintang mereka itu.
Rekod penampilan Trossard setakat ini bagi musim 2018/19
Saingan | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Jupiler Pro League | 11 | 8 | 2 | 830' |
Europa League Qualifying | 5 | 5 | 2 | 385' |
Europa League | 2 | 2 | - | 180' |
Jumlah 2018/19 | 18 | 15 | 4 | 1,395' |