Arsenal 'kelab terkini' yang berminat untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Espanyol.

Edisi semalam laporan akhbar Catalan Sport, Arsenal merupakan 'kelab terbaru' sertai senarai calon yang berminat menandatangani Mario Hermoso dari Espanyol.



Kisah perpindahan pemain pertahanan tengah berusia 23 tahun yang mewakili kelab Espanyol kini semakin 'huru-hara'.

Hujung minggu lalu (9 November), Marca telah menerbitkan laporan mengenai minat Real Madrid dan mereka juga membawa Arsenal, sebagai mana petikan: 

"Menurut akhbar Sepanyol itu, mereka menerangkan bahawa Arsenal merupakan salah satu kelab yang lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Hermoso, dan The Gunners turut dikatakan telah menyaksikan beberapa perlawanan melibatkan pemain tersebut."

Selain itu, laporan tersebut turut menyebut dimana pengurus Arsenal, Unai Emery 'sangat menyukai Hermoso'.

Semenjak itu terdapat banyak dakwaan mengenai kisah perpindahan pemain ini dan ada yang berpendapat bahawa Marca telah menerbitkan artikel baru pada hari Selasa, menyatakan bahawa The Gunners sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran.


Ia membawa kepada kekeliruan dan kisah mahupun khabar angin mengenai perpindahan ini menjadi semakin panas.

Pada hari Rabu, Tutto Mercato Web (TMW) telah menerbitkan artikel berdasarkan sumber Marca dengan menyatakan 'Arsenal, menurut Marca, memandangkan Januari dengan memikirkan untuk membayar klausa pelepasan sebanyak 40 juta euro'.

Dan bermula dari situ, terdapat banyak laporan media Inggeris yang mendakwa bahawa Marca telah berkata bahawa Arsenal 'berfikir membayar' € 40 juta.

Disinilah masalahnya, Marca tidak pernah mengatakannya dan tidak pernah terdapat dalam siri laporan mereka mengenai itu.

Mereka tidak mengatakannya semalam, atau dalam mana-mana edisi mereka bermula Jumaat lalu, yang merupakan kali terakhir Arsenal dan pemain itu disebut dalam akhbar tersebut.

Mereka hanya melaporkan dimana The Gunners dikatakan berminat untuk mendapat pemain pertahanan tersebut sebagaimana yang kami laporkan sebelum ini.

Kini media Sepanyol mengkreditkan kepada media Inggeris dengan khabar angin tersebut, namun kebanyakannya mendapat sumber melalui versi Itali yang salah yang berasal dari Sepanyol.

Bagi Sport, mereka mengatakan Arsenal merupakan kelab 'terbaru' yang berminat dalam mendapatkan pemain tersebut, itu sama sahaja dengan dakwaan pertama (sebelum ini).

Post a Comment

Previous Post Next Post