Korbankan Ramsey demi penganti Welbeck dan kaitan Shick dalam jendela perpindahan Januari

Ekoran kecederaan Danny Welbeck, Arsenal dilaporkan mencari pengganti kepada pemain tersebut pada jendela perpindahan Januari nanti.



Selepas kecederaan serius dihadapi Welbeck yang kemungkinan memaksa Arsenal melupakan terus khidmat penyerang kebangsaan England itu untuk baki musim ini, kisah mengenai penggantinya terus diperkatakan.


Tiga hari lalu, kami juga melaporkan kisah mengenai serampang dua mata AS Roma, yang mana  mereka mampu menyelesaikan masalah pengganti kepada Welbeck terhadap Arsenal.

Namun laporan bersumberkan media Itali itu menyebut dimana penyelesaian itu (pengganti kepada Welbeck) juga mampu memudahkan tugas Roma dalam menandatangani pemain tengah The Gunners, Aaron Ramsey.

Corriere dello Sport melaporkan kisah mengenai Patrik Schick dan bagaimana AS Roma secara teorinya boleh menggunakan minat Arsenal untuk membantu mereka menandatangani Aaron Ramsey pada bulan Januari.



Media tersebut membuat spekulasi bahawa ia boleh menjadi satu pilihan dengan mendakwa bahawa perjanjian pinjaman selama enam bulan untuk The Gunners mendapatkan Schick, dapat membantu Roma melangkah lebih jauh dalam persaingan untuk mendapatkan Ramsey.

Walau bagaimanapun, kisah ini tidak menghalang media lain untuk melaporkan tentang bagaimana Arsenal akan 'menawarkan' pemain kebangsaan Wales bagi menandatangani penyerang Czech itu.


Mengukuhkan lagi dakwaan tersebut adalah kerana, Emery ketika bersama PSG dikatakan berminat untuk membawa penyerang itu menyertai mereka.

Laporan RMC Sport mengenai minat PSG yang mahu menandatangani Shick pada tahun 2017.
Shick ketika itu beraksi bersama Sampdoria sebelum membuat keputusan untuk menyertai Roma secara pinjaman.

Lebih mengukuhkan dakwaan itu, kemasukkan Shick bakal menemukan kembali rakan sepasukan pemain itu bersama Arsenal, Lucas Torreira.

Bagaimanapun laporan Corriere dello Sport itu hanya membuat spekulasi semata-mata dengan melontarkan idea mereka berbanding melaporkan fakta lebih kukuh.

Post a Comment

Previous Post Next Post