Pemain yang dikaitkan dengan Arsenal dan Chelsea anggap ianya sebagai pembakar semangat.

Emerson anggap berita mengenai khabar angin yang mengaitkan beliau dengan Arsenal dan Chelsea, memberikannya semangat tambahan dan nilai perpindahan beliau juga agak munasabah.



Minggu lalu, media Brazil, O Tempo mendakwa bahawa pertahanan kanan kelab Atletico Mineiro, Emerson menjadi buruan kelab Liga Perdana Inggeris.

Dua daripada kelab Inggeris yang dikatakan mengikuti perkembangan pemain itu adalah Arsenal dan Chelsea, dengan kedua-dua kelab tersebut dilaporkan telah memantau pemain berusia 19 tahun yang beraksi didalam liga Brazil musim ini.

Dalam laporan terbaru O Tempo, mereka berjaya menemubual sendiri pemain itu dan walaupun Emerson begitu teruja dengan khabar angin tersebut, namun beliau menegaskan bahawa fokus beliau ketika ini adalah untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang bersama Atletico.



"Ini sangat menggembirakan saya, ia memberi saya lebih 'banyak bahan api' untuk bekerja lebih keras," kata Emerson kepada O Tempo

"Tetapi tanpa mengira perkara itu, fokus saya tetap pada Atletico. Saya tidak memikirkannya sekarang."

"Fikiran saya kini adalah untuk tiga perlawanan terakhir, saya 100% fokus padanya. "

Emerson ataupun nama penuh beliau, Emerson Aparecido Leite de Souza Junior, 19 tahun
O Tempo juga mendakwa bahawa Atletico sedia membuka meja rundingan sekiranya terdapat mana-mana tawaran berjumlah (sekurang-kurangnya) R$ 40juta (£8.3 juta) terhadap pemain tersebut.

Walaupun laporan pertama hanya menamakan Arsenal dan Chelsea, namun laporan terkini mereka itu juga diperluaskan dengan Barcelona dan Benfica juga.

Post a Comment

Previous Post Next Post